27 Julai 2011

Alga Hijau di Laut Kuning, China

Laut ini bernama Laut Kuning (Yellow Sea), tetapi kini permukaan laut tersebut seluas hampir 200 batu persegi(500 kilometer persegi) kelihatan hijau sehingga selayaknya untuk ditukar kepada nama Laut Hijau (Green Sea).



Fenomena permukaan laut berwarna hijau lebih tepatnya berlaku di Qingdoo, Wilayah Shandong di China. Fenomena ini (yang disebut sebagai alga bloom) terjadi disebabkan berlakunya pertumbuhan alga hijau dari jenis enteromopha prolifera yang berlaku dengan begitu pesat.

Penyebaran alga hijau ini yang kelihatan sangat tebal seluas mata memandang di permukaan laut menghasilkan satu pemandangan menghijau seolah-olah rumput di padang golf.




Kelompok Alga ini tidak beracun dan tidak mempengaruhi kualiti air serta tidak juga merbahaya terhadap manusia. Bagaimanapun kewujudannya dipercayai mampu mengancam kehidupan hidupan laut kerana ia menyerap dengan banyaknya oksigen yang terkandung di dalam air. Akibatnya hidupan laut akan mengalami kesan kesukaran mendapatkan oksigen yang cukup untuk pernafasan mereka.

Punca bermula pertumbuhannya dan mengapa ia mampu membiak dengan begitu cepat masih belum dapat dipastikan oleh para penyelidik. Berdasarkan rekod, pertumbuhan kelompok alga ini dilihat buat kali pertama di Laut Kuning pada 2007.

Pada tahun 2008, bertan-tan alga hijau ini dipindahkan dan dibuang untuk menyediakan laluan bagi acara perlumbaan kapal layar dalam sukan Olimpik musim panas.

p/s; Setahu aku, tumbuh-tumbuhan di darat dan tumbuh-tumbuhan di air termasuk alga akan tumbuh membiak dengan baiknya apabila mendapat makronutrien atau garam mineral yang cukup. Makronutrien yang menjadi keperluan tumbuh-tumbuhan adalah Nitrogen, Fosforus dan Kalium (Singkatannya N,P,K).

Sistem saliran atau tasik yang berdekatan dengan ladang akan mengalami pertumbuhan yang pesat tumbuhan air seperti alga, keladi bunting dan teratai apabila sistem saliran tersebut mendapat bekalan Makronutrien yang berlebihan akibat daripada penggunaan baja yang berlebihan di ladang.







Sumber: Yahoo

0 comments: