13 Mac 2013

Bandar Oymyakon Paling Sejuk di Dunia


SEORANG penduduk mengeluarkan bongkah ais untukdimasukkan ke dalam trak.

BERAPA suhu paling sejuk yang pernah anda rasakan? Sesejuk manapun suhu di mana-mana bahagian dunia tetapi itu masih dirasakan panas berbanding suhu di sebuah bandar di Rusia.

Bandar Oymyakon di wilayah Yakutia, di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku sangat terkenal sebagai tempat paling sejuk di dunia dan suhu di bandar itu pada bulan Januari lalu ialah -50 darjah Celcius (°C).

Pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C dan ia merupakan suhu tersejuk untuk sebuah kawasan yang menjadi tempat tinggal manusia di Bumi. Sebagai rekod, suhu paling sejuk sebanyak -89.2°C direkodkan di Vostok Station, Rusia pada 21 Julai 1983.



KENDERAAN milik penduduk di bandar ini akan dihidupkan untuk sepanjang hari.

Kira-kira 90 tahun lalu, bandar yang kini mempunyai kepadatan penduduk seramai 500 orang itu merupakan sebuah tempat perhentian kecil bagi para penggembala rusa suku kaum nomad untuk memberi minum haiwan mereka di sebuah sumber air panas.


OYMYAKON mencatatkan suhu terendah sekitar bulan Januari iaitu -51 darjah Celcius.

Namun, pemerintah Soviet pada ketika itu membuat ketetapan agar suku kaum nomad ini menetap terus di bandar itu supaya mudah diawasi serta boleh mengembangkan budaya dan teknologinya di bandar itu.

Kesukaran hidup di Oymyakon tidak lain tidak bukan adalah suhu dinginnya yang membekukan segala-galanya.


OYMYAKON mempunyai kepadatan penduduk seramai 500 orang sahaja.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan. Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.

Masalah lain turut dialami ketika berlakunya proses pengkebumian. Keadaan yang membeku membuatkan proses pengkebumian memakan masa sehingga tiga hari kerana perlu mencari tanah terlebih dulu sebelum mula menggali.


TIADA tumbuh-tumbuhan yang hidup di bandar ini.

Kemudiannya, batu panas ditempatkan di sekeliling liang lahad yang sedang digali dan proses itu diulangi beberapa kali hingga lubang tersebut cukup dalam untuk proses pengkebumian jenazah.

Walaupun sudah berpuluh tahun, kehidupan di bandar Oymyakon masih sangat sederhana. Sebahagian besar rumah masih menggunakan batu bara dan kayu sebagai pemanas.

Tidak ada pokok yang tumbuh di Oymyakon sehinggakan penduduk terpaksa menjadikan daging rusa dan kuda sebagai sumber makanan utama.

Penduduk di bandar ini juga tidak mengalami kekurangan nutrien walaupun hanya memakan daging. Keadaan itu terjadi kerana pengambilan susu rusa dan kuda yang mengandungi banyak khasiat.

Satu hal unik lain dari bandar sejuk ini adalah nama Oymyakon, yang bererti 'air yang tidak pernah membeku' dan ia merujuk kepada sebuah sumber air panas yang terletak tidak jauh dari lokasi bandar tersebut.

Sumber: Kosmo Artikel 1Kosmo Artikel 2

2 comments:

MyFreeMinded berkata...

Bila kita tinggal ditempat yang tak de salji ni, bila tengok mereka yang tinggal dikawasan bersalji ni, ada rasa timbul "best"lah diaorang ni.. Tapi hakikatnya diaorang mengalami lebih banyak kesusahan dari kita sebenarnya. :)

PiNkYCaT berkata...

btl tu...rusia memang sejuk...dulu pernah pergi sana...En hubby belajar kat moscow, mase pergi tu bukan musim sejuk pun tapi memang rasa sejuk sangat! sampai menggigil rase, sebab tak biase sejuk macam tu...malam kena pasang heater:)