16 Ogos 2010
FADILAT MEMBACA AL-QURAN
Kita sebagai umat islam wajib bersyukur kepada Allah kerana dapat menikmati petunjuk al-quran. Kita perlu menjadikan al-quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jangan biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-quran.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang tidak mempunyai sedikit al-quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh." (hadis riwayat At-Tirmizi daripada Ibnu Abbas).
Al-quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan. Kita juga hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafaznya. Dengan membaca al-quran, dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Kita juga akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah bersabda bermaksud: "Bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."
Al-quran hendaklah dibaca dengan `tartil' iaitu dengan bacaan terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca al-quran akan menjadikan bacaan menusuk ke jiwa
dan menyentuh perasaan pendengarnya. Kita hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-quran.
Al-quran hendaklah diajarkan kepada semua umat islam iaitu disebarkan dengan seluas-luasnya. Perkara ini supaya mereka akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab mengamal dan memelihara kitab Allah ini.
Mempelajari dan seterusnya mengajar al-quran itu adalah sunnah Rasulullah. Baginda bersabda bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya."
Sumber: Artikel From Website
Labels:
Tazkirah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan