Nuff Atas

04 Februari 2012

AWAN NANO (HAFIZ)

Tahniah ...
Buat AWAN NANO, Nyanyian HAFIZ ...
Kerana Pencapaian Dalam Anugerah Juara Lagu Ke-26, 2012 ....
Yang Telah Berlangsung Pada 29 Januari, 2012.



Kategori Yang Dimenangi Adalah :
1. JUARA LAGU KE-26, 2012
2. VOKAL TERBAIK AJL KE-26.

Kini, di mana-mana sahaja orang sedang memperkatakannya.
Juga di mana-mana sahaja orang akan menyanyikannya.
Dalam entri ini saya sertakan pelbagai variasi Video Youtube berkaitan Awan Nano.

AWAN NANO (LIVE AJL26)



AWAN NANO (LIRIK)

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lagu: Awan Nano
Komposer:  Sifu M.Nasir
Penulis Lirik: Budi Hekayat
Artis: Hafiz AF7

Untuk Download Klik SINI.

AWAN NANO [MTV]


AWAN NANO (HQ AUDIO + LIRIK)


AWAN NANO (INSTRUMENTAL PIANO)


AWAN NANO NANO (VERSI JOZAN)


Maksud Awan Nano:

1 meter = 1,000,000 mikrometer
Maka, 1 mikrometer = 0.000 001 meter

I meter = 1,000,000,000 nanometer
Maka, 1 nanometer = 0.000 000 001 meter

Begitulah halus dan seninya saiz satu awan nano. Barangkali sebesar saiz satu zarah wap air. Awan nano ini adalah asas kepada pembentukan awan dengan saiz yang lebih besar seterusnya membawa kepada penghasilan titisan air hujan. 

Itulah maksud Awan Nano di segi saintifiknya. Bagaimana pula penjelasan Buddhi tentang hal ini?

"Awan Nano ini slanga rakyat. Saya teringat momen emak saya melipat kain lalu melihat awan, emak kata 'tengok awan tu, nano," ujar Buddhi yang mendapat idea melalui momen ibunya yang dicampur dengan hasil menonton drama Awan Dania dan teringat juga kisah-kisah para nabi. Nano dalam hal ini bermaksud berserakan (dalam slanga Johor)

"Daripada sudut makna, ada dua. Daripada sudut kerohanian, memang ada kena mengena dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang mana sewaktu di zaman kanak-kanak, perjalanan baginda dilindungi awan. Melihat pula sudut kemanusian, Awan Nano berkisarkan kasih sayang dan sifat pelindung," cerita Buddhi ringkas tapi padat. (Kosmo)

p/s: Nano juga bermaksud 'Nakal' dalam slanga Terengganu.

2 comments:

tnZackJ berkata...

lepas ni turun lak hujan nano...huhu..hebat

Beckhrooy berkata...

pernah tengok di menyanyi live, vokal mmg terbaik!