Nuff Atas

29 April 2011

Notis Saman Lalulintas Beserta Gambar Kenderaan


"Adik.. Surat ni nama dia surat saman.. Adik kena saman sebab tak pakai topi keledar dan menunggang tanpa lesen.. Balik nanti, bagi surat ni kat abah... Suruh abah bayar ya..."
- Gambar Hiasan.


Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei 2011.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.




"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya.

Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.



"Kaedah itu digunakan sebagai bahan bukti bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya," kata beliau.

Khalid memberitahu, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Sumber: Kosmo.

Kadar kompaun dikuat kuasa mulai 1 Januari 2011.


Kredit: http://naman0807.blogspot.com

8 comments:

terataiflowerz berkata...

cnfrm xleh nk tipu

shahrihan berkata...

hahaha...kena hati la ye...lau xnk kena saman...hehe :D

Cik Nyna berkata...

kaya betul kerajaan ni kan . pasang cctv banyak2 .

Farah Hanis berkata...

haha.. kelakar gambar :)

Mohd Ridhuan berkata...

kene ikut peraturan la lepas ni....
kalau x kene saman la jawabnye,,,,
hehehheh

mykhalis berkata...

bagi khalis yang penting sila bagi tau kat mana kamera.. jgn main sorok je..

Mizz Dolly berkata...

http://mizzkyoko.blogspot.com/2011/04/izyan-masri-first-random-giveaway.html

josrevalution berkata...

salam..ya ne lh undang2 .. hrus d ketatkn.. huhuhu...