10 Disember 2010

CHEETAH DAN RUSA BERKAWAN BAIK !!

Lihatlah keajaiban makhluk ALLAH ini…

Jurufoto Michel Denis-Huot memetik kamera untuk mengambil foto-foto yang mengkagumkan ini pada bulan Oktober 2009 di Masai Mara, Kenya. Dia kagum dengan apa yang dilihatnya.

“Pada suatu pagi, tiga ekor adik beradik cheetah kelihatan bermain-main. Tidak lama kemudian, mereka bertemu dengan sekawan rusa impala. Kesemuanya lari bertempiaran meninggalkan si kecil. Dan harimau tiga beradik itu mudah mengepungnya. Apa yang berlaku adalah rusa impala tersebut dijadikan sebagai rakan sepermainan mereka sahaja bukan sebagai juadah santapan.”

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Ali Imran: 145)

Sumber: Alaf21

0 comments: