05 Disember 2010

ILUSI OPTIKAL (ILUSI FISIOLOGIKAL)


Pepatah Inggeris ada mengatakan “seeing-is-believing”. Bagaimanapun ianya tak semestinya benar setiap waktu. Ianya bergantung kepada mata anda sendiri. Ada ketikanya mata dan otak tidak berfungsi bersama-sama serentak. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu objek dilihat secara sekilas pandangan. Di sini terdapat beberapa keping gambar menarik yang merupakan contoh Ilusi Optikal (Optical Illusions). Gambar-gambar ini menjelaskan kepada anda bahawa “seeing is NOT always believing.”

Ilusi yang akan ditunjukkan dalam rajah berikut ini adalah daripada contoh ilusi fisiologikal. Ilusi fisiologikal terjadi apabila melihat imej yang mempunyai cahaya yang sangat terang atau melihat imej dengan pola tertentu dalam tempoh waktu yang lama (afterimages). Situasi ini menghasilkan kesan pada mata atau otak setelah mendapat rangsangan tertentu secara berlebihan. Akibatnya mata akan melihat sesuatu imej menunjukkan perubahan kecerahan, perubahan warna, perbezaan kecondongan dan menunjukkan berlaku pergerakan.

Amaran
Sesetengah orang mudah dipengaruhi oleh image yang diherotkan (distorted). Sesetengah ilusi optikal yang terdapat dalam 'post' ini mungkin menyebabkan rasa pening (dizziness) atau kemungkinan sawan (epileptic seizures). Ia terjadi berikutan otak gagal untuk memahami (grasp) percanggahan maklumat yang diterima oleh kedua-dua belah mata. Jika mata anda mula merasa berpinar-pinar selepas melihat gambar-gambar yang dilampirkan, segera tutup sebelah mata anda dan dan teruskan melihat gambar-gambar tersebut dengan sebelah mata sahaja, atau jika perlu hentikan terus daripada melihat gambar-gambar tersebut. Jgn tutup kedua-dua belah mata anda serta-merta sbb ia boleh menambahkan rasa pening anda. Bagaimanapun kebanyakan orang tidak akan menunjukan sebarang kesan apabila melihat image-image tersebut.

 



 






p/s: Bagaimana anda rasa setelah anda melihat setiap keping gambar di atas? Ada tak rasa pening, loya-loya atau pandangan yang berpinar-pinar?

0 comments: