Nuff Atas

18 Disember 2010

KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN !!

Kepada peminat-peminat setia Kicap Kipas Udang, berikut ini mungkin maklumat penting yang perlu diambil perhatian.

"3,360 botol kicap Cap Kipas Udang Tiruan telah dirampas."
Inilah tajuk berita daripada http://www.bharian.com.my bertarikh 14/12/2010. 

Berikut adalah antara laporan Berita Harian tersebut;
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan kicap tiruan jenama Cap Kipas Udang yang dijual secara berleluasa di pasaran, terutama di kedai runcit di negeri ini.

Difahamkan, kicap tiruan itu yang kelihatan hampir sama dengan produk asli turut dikesan dijual di kedai runcit di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang sejak tiga bulan lalu.

Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran ZFISB, Hasnah Abdul Rahman, berkata, “Kicap asli kita dijamin halal dan selamat kerana menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat, manakala kicap tiruan itu pula tidak diketahui kaedah penghasilannya dan kesannya kepada kesihatan,”


Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.
 
p/s: Saya dan sebahagian besar adik-beradik memang peminat fanatik dgn kicap sejak dahulu lagi. Saya terkenang zaman kanak-kanak kami dahulu di tahun 1970-an. Kami membesar dengan makan nasi berlaukkan ikan kering dan kicap sahaja. Saya tak ingat apa jenama kicap yang selalu kami makan ketika itu. Kini walaupun zaman tersebut telah lama berlalu, tetapi kicap tetap menjadi pilihan hingga saat ini.

1 comments:

~hAKim ZaiLAn~ berkata...

saya pon peminat kicap gak..haha..
tapi skang pakai kicap Jalen je..huhu