09 Januari 2011
Interlok Kekal Teks KOMSAS
KUALA LUMPUR: Dialog Novel Interlok yang berlangsung di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), di sini semalam membuat ketetapan mempertahankan novel karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).
Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata ketetapan itu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran dengan gesaan supaya kemurnian novel itu dikekalkan kerana ia tiada masalah.
Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini, ia menggambarkan sejarah dan realiti sosial selain menonjolkan gagasan perpaduan bagi negara yang baru dibentuk dan berdaulat,” katanya.
“Kesan penarikan balik novel itu juga akan merosakkan kredibiliti karya sastera bertaraf antarabangsa dan sistem pendidikan negara yang dipersetujui secara bersama semasa pembentukan kemerdekaan,” katanya.
“Dari aspek akademik, teks inimempunyai garapan dan fakta yang baik. Provokasi tidak sepatutnya timbul kerana ia sudah digunakan dalam subjek Sastera sekitar 1970-an tanpa masalah,” katanya.
..................................................................................
Interlok dalam novel ini bermaksud, bertaut rapat, integrasi atau perpaduan. Pengarang menggarap cerita yang menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum sekitar awal 1900 sehingga saat mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Dalam tempoh tersebut perpaduan tiga kaum utama iaitu melayu, cina dan india amat penting untuk mencapai kemerdekaan seterusnya membangunkan negara. Novel ini mampu mengajar murid tentang erti penyatuan dan perpaduan.
Interlok menceritakan mengenai tiga keturunan generasi awal: ibu bapa Halimah (Mak Limah), ibu bapa Pak Musa, Kim Lock dan Perumal. Generasi kedua, Mak Limah, Pak Musa, Cing Huat, Maniam dan Malini. Generasi ketiga; Seman, Gayah, Yew Seng, Poh Eng dan Inspektor Ramakrisna. Watak ini diolah untuk menggambarkan suasana dan realiti ketika itu. Interlok adalah buku mengenai zaman kebangkitan rakyat pelbagai kaum Malaysia. Mereka ini adalah watak yang dibentuk mewakili realiti kehidupan pada zaman itu.
Interlok dianggap sebagai sebuah novel sejarah yang menceritakan keadaan sebenar ketika itu. Novel itu ditulis dalam peraduan menulis novel 10 tahun kemerdekaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1967.
Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.
Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum.
P/S: Sudahkah anda membaca novel ini?
Rujukan:
http://ms.wikipedia.org
http://www.bharian.com.my/ (09/01/2011)
http://www.bharian.com.my/
Labels:
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan