19 Januari 2011

'TOLONG KUTIP DUIT SILING'

Meriahnya....



Apa yang terlintas dalam kepala anda bila melihat foto di atas. Apakah persoalan yang terlintas dalam kepala anda saat ini?

Jika persoalan yang timbul dalam fikiran anda adalah,
"Boleh ke ambil duit siling tersebut?"

Maka bagaimana agaknya jawapan yang sepatutnya?

Saya tidak pun berada di tempat kejadian semasa peristiwa dalam foto itu berlaku. Barangkali demikian juga anda. Apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui. Bagaimanapun eloklah kita berbaik sangka. Anggaplah mereka dengan suci hati menolong. Apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata membantu kerja-kerja mengutip duit siling tersebut.

P/S: Saya pasti anda boleh ramal apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan pemerhatian dan kebiasaan yang terjadi di jalan raya Malaysia. Masalahnya, sampai bila perkara sebegini mesti dibiarkan berlarutan? Kesian kepada orang yang menjadi mangsa. Bayangkan jika mangsa tersebut adalah anda sendiri. Bagaimana perasaan anda?

Sumber Foto:
http://www.utusan.com.my/

1 comments:

Koding berkata...

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata,“Kita hanya menerima laporan kemalangan dan bukannya kehilangan wang. Bagaimanapun, mereka yang mengambil syiling yang tercampak keluar dari tong kenderaan itu perlu memulangkannya semula kerana perbuatan itu sebenarnya kesalahan mencuri.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polissiasatkemalanganbukanbabitwanghilang/Article