Nuff Atas

15 Februari 2011

96 ditahan dalam Ops Valentine


ANGGOTA penguat kuasa Ops Valentine menanyakan sesuatu kepada mereka yang diberkas di sekitar Subang Jaya, semalam.

________________________________________________________________

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Walaupun kempen dilakukan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam agar menjauhi sambutan Hari Kekasih hari ini, namun masih ada yang tidak mengambil peduli.

Ia terbukti apabila 96 umat Islam ditahan kerana berkhalwat dalam 'Ops Valentine' yang dijalankan di sini dan Selangor, malam semalam hingga awal pagi ini.

Lebih menyedihkan, tangkapan dilakukan kurang 24 jam sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nurhamizah Othman berkata, seramai 80 orang berusia 18 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan di hotel-hotel bajet di seluruh Selangor.

"Sebelum ini usaha dilakukan di dalam fasa pertama iaitu melalui kempen, dakwah dan arahan beredar kepada pasangan oleh penguat kuasa di taman-taman rekreasi dan tasik," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, peringatan melalui khutbah Jumaat juga telah disampaikan agar umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya barat itu yang boleh merosakkan akidah.

"Mereka yang ditahan bakal didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/

Firman Allah SWT :  
“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32)

Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)

p/s: Kesan daripada penzinaan di malam sambutan hari kekasih ini adalah, bakal lahir anak tak sah taraf pada bulan antara Oktober hingga November. Apa yang amat menyedihkan akan ada anak-anak yang akan lahir ini ditemui di dalam tong sampah, di dalam semak, di dalam longkang dan sebagainya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2008, melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang. 

(Rujuk: http://www.topix.com/)
            

3 comments:

Bawang Goreng berkata...

Hukum hudud tidak mahu dijalankan, patut denda dan tempoh penjara dinaikkan lagi...

Miecyber berkata...

Saya NO to valentine day....

Adegan merokok di haramkan di China

NAA berkata...

wow.. bhya btol skrg nih...
Mintak sisih jauh2 dari diri naa n kaum kerabat semua...