06 Mac 2011

Koleksi Foto Anugerah World Press Photo 2011

Sebelum kita melihat gambar-gambar yang memenangi Anugerah World Press Photo 2011 ini, elok rasanya kita membaca sedikit maklumat berkaitan dengan anugerah ini.


Gambar bertajuk Metropolis oleh jurugambar Belanda, Martin Roemers. REUTERS

SEKEPING gambar mampu menceritakan segalanya bahkan cukup untuk mengembalikan kisah-kisah yang sudah luput dari ingatan dan lebih bernilai daripada seribu perkataan.

Selepas penciptaan kamera pertama sekitar 1800-an, kaedah merakam gambar berkembang pesat sehingga melahirkan satu cabang seni iaitu fotografi. Diperkukuhkan dengan teknologi digital, fotografi kini memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seharian manusia.

Namun kemajuan teknologi yang banyak membantu pada masa sama menjadikan persaingan semakin sengit. Di kalangan pengamal dan peminat fotografi, bulan Februari adalah masa yang paling dinanti-nantikan untuk menyaksikan paparan imej-imej terbaik dari seluruh dunia. Satu daripadanya adalah yang merangkul gelaran terbaik antara yang terbaik.

'The 54th World Press Photo Contest' telah diadakan pada 11 Februari 2011. Anugerah World Press Photo yang merupakan pengiktirafan fotografi paling berprestij ini menobatkan jurugambar, Jodi Bieber sebagai pemenang World Press Photo of the Year bagi pertandingan 2010.

Potret menyayat hati wanita muda Afghanistan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga menewaskan lebih 100,000 keping gambar yang dihantar oleh 5,846 jurugambar dari 125 buah negara pada tahun lalu.

Gambar terbitan Majalah Time, Bibi Aisha yang kehilangan hidung dan telinga akibat dicantas oleh suaminya menceritakan kesengsaraan hidup wanita itu dengan penyampaian yang cukup 'kuat'.

Gambar juara 2011 oleh jurugambar wanita dari Afrika Selatan itu dipilih selepas memenangi hadiah tempat pertama di dalam kategori Potret. Bieber telahpun memenangi lapan hadiah World Press Photo (pelbagai kategori) sebelum ini.

Dengan kemenangan itu, Bieber menerima habuan wang tunai bernilai 10,000 pound (RM49,000) dan hadiah tajaan penganjur bersama berupa kamera digital Canon dan jam tangan Maurice Locroix.

Pertandingan kali ke-54 ini dibahagikan kepada 10 kategori yang setiap satu dipecahkan kepada penyertaan tunggal dan gambar bercerita.

Kategori terdiri daripada berita utama, berita umum, individu dalam berita, sukan dan aksi, laporan sukan, isu semasa, kehidupan harian, potret, seni dan hiburan dan alam sekitar.
______________________________________________________________________

Koleksi Gambar Yang Memenangi  'The 54th World Press Photo Contest' 2011


Pemenang: World Press Photo of the Year 2010
                  Kategori Potret : 1st prize singles.


Pemenang: Kategori Sport : 1st prize singles


General News: 1st prize singles


People in the News : 1st prize singles


Sport : 1st prize singles


Contemporary Issues : 1st prize singles


Daily Life : 1st prize singles


Arts and Entertainment : 1st prize singles


Nature : 1st prize singles


Spot News Stories: 1st prize stories


General News Stories: 1st prize stories


People In The News: 1st prize stories


Sports: 1st prize stories


Contemporary Issues: 1st prize stories


Daily Life: 1st prize stories


Portraits: 1st prize stories


Arts and Entertainment: 1st prize stories


Nature: 1st prize stories
_____________________________________________________________________

Proses penilaian yang memakan masa selama dua minggu dilakukan oleh 19 juri berpengalaman terdiri daripada jurugambar profesional, editor gambar dan wakil dari agensi gambar seluruh dunia dengan pelbagai latar belakang.

World Press Photo yang dimulakan sejak 1955 bukan sembarangan pertandingan. Setiap gambar adalah gambar yang merakamkan detik-detik penting di dunia.

Ia adalah perpustakaan tamadun dunia yang merekod peristiwa dari pelbagai aspek kehidupan yang akan dijadikan sumber rujukan politik, ekonomi, hiburan, sukan malah dunia fotografi itu sendiri.

Sebagai penghormatan, pemenang akan 'dibalas' dengan majlis penganugerahan yang diadakan kota ibu pejabat World Press di Amsterdam, Belanda di dalam majlis yang dihadiri menteri, golongan kenamaan dan peneraju dalam bidang itu.

Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang menang juga akan dipamerkan di lebih 100 buah bandar di 45 buah negara. Selain itu, gambar bagi setiap kategori juga akan dicetak di dalam buku tahunan yang diterjemah ke dalam enam bahasa utama.

Pertandingan tanpa yuran itu dibuka kepada jurugambar media profesional dan amatur setiap tahun. Bukan sahaja daripada akhbar, malah penyertaan turut membenarkan jurugambar majalah dan agensi dari seluruh dunia untuk turut serta.

Pengasas anugerah berprestij itu, David Burnett berkata, tiada detik-detik yang bersifat peribadi diberi peluang kepada mana-mana penyertaan.

Sumber:
http://www.worldpressphoto.org/
http://www.utusan.com.my/

3 comments:

zati embong berkata...

betul.gambr menceritakan semuanya.

Unknown berkata...

sekeping gambar boleh mengandungi seribu satu cerita

suka gak amik gamba..tp takat ni x berpeluang nk punya DSLR sendiri..tgh mengumpul la..

owh ye..Jodi Bieber tu adik beradik ngan justin bieber ke

ibnuismail berkata...

cantik.....seperti gamba itu berkata2. ada org kata" one picture like a thousand of story"