22 Mac 2011

Selangor Antara Pasukan Yang Mara Ke Separuh Akhir Piala FA 2011



Keputusan Suku Akhir FA 2011:

Pada 15 Mac 2011;
Pahang Menewaskan Kuala Lumpur (2-1) di Stadium Darul Makmur, Kuantan
Terengganu Kalah Dengan Perak (2-3) di Stadium Perak, Ipoh
Selangor Menewaskan Johor (3-1) di Stadium Shah Alam, Selangor
Kelantan Seri Dengan KL Felda United FC (2-2) di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Pada 18 Mac 2011;
Pahang Seri Dengan Kuala Lumpur (0 - 0) di Stadium Darul Makmur.

Pada 19 Mac 2011;
Terengganu Menewaskan Perak (3 - 1) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Selangor Menewaskan Johor (2 - 1) di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos,
Kelantan Menewaskan KL Felda United FC (3 - 0) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV.



Dengan Keputusan di atas, Selangor, Kelantan, dan Terengganu mengikuti jejak Pahang apabila mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA edisi ke-22, setelah mereka menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pusingan kedua Sabtu 18 Mac, 2011.

Pahang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala FA apabila menang dengan agregat 2-1 mengalahkan Kuala Lumpur, walaupun perlawanan pusingan kedua di Stadium Darul Makmur semalam menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Bahru menyaksikan pasukan pelawat, Selangor menafikan peluang tuan rumah, Johor ke perlawanan separuh akhir apabila mencatat kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 5-2.

Selangor telah menjuarai juara Piala FA sebanyak lima kali.

Perlawanan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu pula menyaksikan pasukan Kelantan menewaskan Felda United 3-0, dan keputusan itu memberikan kemenangan mutlak kepada Kelantan dengan 5-2, selepas kedua-dua pasukan itu seri 2-2 dalam pertemuan pusingan pertama pada 15 Mac, 2011.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya merebut tempat ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan juara sulung Piala FA 1990 Perak 3-1, selepas pasukan itu kalah 2-3 kepada Perak dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Ipoh, Perak, 15 Mac 2011.

Sumber:
http://bernama.com

Jadual Separuh Akhir Piala FA 2011:

13 Mei 2011;
Pahang Vs Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Selangor Vs Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor.

16 May 2011;
Pahang Vs Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Selangor Vs Kelantan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Sumber: malaysiansuperleague.com

0 comments: