22 Mac 2011

Keputusan SPM Diumum Rabu 23 Mac 2011



Menurut satu kenyataan, calon SPM 2010 boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada Rabu 23 Mac 2011. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun 2011.


Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu 23 Mac 2011 dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu 23 Mac 2011 di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran.

Rujuk:
http://www.bharian.com.my

Semoga Para Pelajar Calon SPM 2010 Sabar Menunggu Keputusan SPM Anda Diumumkan Kelak.
Jika anda telah berusaha sedaya upaya yang mungkin, kejayaan pastinya menjadi milik anda...

0 comments: