18 April 2011

Ada Sesiapa Terjumpa Biri-Biri Milik John Heard?

Semua kambing kelihatan sama. Semua kambing pula tidak reti bahasa manusia. Masalah akan timbul apabila kambing ini terpisah daripada kumpulannya. Bagaimana cara untuk mengenalnya agar dapat dicari?


SEJUMLAH bulu biri-biri milik John Heard yang berwarna oren.

DEVON, Britain: Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.

Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.


"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.

Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi

Sumber: Kosmo.

0 comments: