30 April 2011

Mari Berkunjung Ke KL International Book Fair 2011



KL International Book Fair (KLIBF 2011) berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dari Jumaat, 22 April 2011 hingga Ahad, 1 May 2011. Dibuka dari 10.00am hingga 8.00pm.

Hari ini aku dan rakan-rakan berkunjung ke pesta tersebut untuk sama-sama berasak-asak melihat, memilih dan seterusnya membeli buku. Kami bertolak dari Temerloh jam 8.00 pagi.




Aku dan rakan berada di PWTC dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang. Sambutan orang ramai terhadap KLIBF amat menggalakkan. Boleh dikatakan setiap inci ruang dewan pameran diisi dengan manusia. Bergerak dalam keadaan pengunjung yang begitu ramai menyebabkan langkah kami di situ amat perlahan sekali.

Aku percaya orang ramai mengambil kesempatan mengisi cuti hujung minggu mereka untuk berkunjung ke sini. Pastinya bilangan pengunjung akan lebih ramai pada hari minggu dan pada hari akhir pameran yang jatuh pada cuti sambutan hari pekerja.



Tahniah kepada rakyat Malaysia. Sambutan sedemikian meriah menunjukkan rakyat Malaysia cinta kepada dunia buku dan mempunyai minat membaca yang begitu mendalam. Kepada yang belum berkesempatan untuk berkunjung ke KLIBF, anda mempunyai masa 2 hari lagi berbuat demikian.

Aktiviti memilih buku memang mengasyikkan di sini. Terutama bagi kami yang kaki novel. Masa dirasakan begitu cepat berlalu. Kami melangkah keluar apabila perut tidak henti-henti menjerit mendendangkan irama dongdang sayang minta diisi.

Aku sempat bertemu dengan penulis berikut untuk menandatangani buku karya mereka yang aku beli. Mereka ialah Horhayati Berahim, Dr. HM Tuah Iskandar dan Ramlee Awang Murshid.

4 comments:

Jahirah berkata...

tak berkesempatan lg nak pegi....mcm nk pg je esk...:)

.........cP~ berkata...

salam.


dah pergi, 2 kali. dua2 kali pun beli buku. kalau duduk kat situ lambat la baliknya.

walaupun orang kata sekarang zaman IT, maklumat di hujung jari, buku tetap pujaan hati. wee..

Koding berkata...

Syabas cp~ ... hidupkan budaya membaca buku walapun di mana jua berada...

cik aisha... niat yg baik tuh... diorang semua tunggu awk kat sana...

cik sakdi berkata...

jauh la pesta buku, dah lame teringin nak pergi, tapi x sempat, tunggu la amik dgree kat shah alam ni, nak borong buku banyak2