Di saat kilat sabung-menyabung di langit, adalah merbahaya jika kita berada di kawasan yang lapang seperti tengah padang atau berlindung di bawah pokok.
Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA.
Voltannya pula bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat.
Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.
(Rujuk: Wikipedia).
Dengan arus dan voltan yang sangat besar dan darjah kepanasan kilat yang sangat tinggi, maka tidak mustahil mangsa yang terkena kilat akan meninggal dunia.
Akhbar hari ini melapurkan tentang satu kes bukti betapa bahayanya petir dan kilat kepada manusia.
Petir bunuh 40 rakyat Bangladesh
DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.
Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman.
Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu.
Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi.
(Rujuk: BHarian)
3 comments:
kalau panas kilat tu 10 000 darjah celcius,bukan takat melecur dah terkene kulit manusia, cair terus
heran macam mana boleh ada yg survive yer...? hehehehe
kalau petir dan kilat cepat-cepatlah balik umah
Catat Ulasan