16 Mei 2011

Jangan salahguna kebebasan siber



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber.

Sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011 esok, 17 Mei 2011, Rais mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah.


"Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada undang-undang," katanya.

Katanya, kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi.

Sehubungan itu, katanya, sebagai permulaan tiga pegawai SKMM dijangka akan dihantar menjalani kursus forensik multimedia sebagai satu kepakaran dalam menangani jenayah siber.

p/s: Kerajaan telah berulang-kali mengingatkan hal ini. Dan kita pun telah kerap-kali mendengar. Apa yang perlu anda lakukan ialah berhati-hati semasa menulis sesuatu di alam maya. Ingatlah bahawa Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa mengawal dan mengawasi anda...

Sumber: Bernama

0 comments: