17 Mei 2011

Keputusan Separuh Akhir Piala FA 2011



KELANTAN dan pasukan tetangga, Terengganu akan bertemu dalam final kejohanan bola sepak Piala FA pada 11 Jun ini buat melakar episod baru betapa ‘angin panas’ bola sepak negara sudah mula bertiup kencang ke arah Pantai Timur.

Ini merupakan pertembungan kali pertama Kelantan dan Terengganu ke final Piala FA.

Ini adalah kali kedua Kelantan layak ke final selepas tewas kepada Selangor 1-4 menerusi penentuan penalti pada 2009 manakala Terengganu membuat penampilan kali keempat selepas muncul juara pada 2000 dan naib juara 1999 dan 2004. (Rujuk: BHarian)


Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2011:

13 Mei 2011;
Terengganu Vs Pahang (3 - 2), di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kelantan Vs Selangor (5 - 1), di Stadium Shah Alam, Selangor.

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2011:

16 May 2011;
Terengganu Vs Pahang (2 - 0) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Selangor Vs Kelantan (1 - 1), di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu


PEMAIN Kelantan meraikan gol pada pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV,


PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahaya diasak penjaga gol Pahang di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu

Agregat Separuh Akhir Piala FA 2011:
Terengganu Vs Pahang (5 - 2)
Kelantan Vs Selangor (6 - 2)

Jadual Perlawanan Akhir Piala FA 2011:
11 Jun 2011;
Perlawanan: Kelantan Vs Terengganu.
Venue: di Stadium Nasional Bukit Jalil (Rujuk: Bernama)

p/s: Nampaknya tiada rezeki ke final bagi pasukan tanah tumpah darahku, Selangor....
dan tiada rezeki juga bagi pasukan tempat aku bermastautin, Pahang...
tetapi ada rezeki ke final bagi pasukan negeri kelahiran biniku...
So Final nanti korang teka la... aku sokong team mana...

2 comments:

tokwan muda berkata...

ahaha..tahniah3...apapun ambo org ganu pasti sokong ganu,so ambo teke demo sokong ganu lah kekeeke

Koding berkata...

Ya tokwan muda...
Nampaknya samalah bendera kita kali ini...