Nuff Atas

31 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru Buat Salih Yaacob



JOHOR BAHRU - Pelakon dan pelawak terkenal, Salih Yaacob selamat melangsungkan pernikahannya dengan isteri keempat, Samihah Sheikh Ali di Masjid Jamek Kulaijaya.

Salih bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam yang lebih mesra dipanggil Emi itu berjalan lancar.


Salih, 50, sah menjadi suami Samihah (Emi), 24, pada pukul 3 petang semalam dengan mas kahwin RM23 dan wang hantaran sebanyak RM24,000.

Sumber: Kosmo.

Salih belanja RM50,000 bulan madu

Salih Yaccob memperuntukkan RM50,000 untuk berbulan madu dan membawa keempat-empat isteri serta 11 anaknya bercuti ke China selama lima hari, bermula Ahad ini 05/06/2011.

Bagi Salih, 49, percutian itu adalah rezeki anak-anak di samping merapatkan hubungan dengan isteri keempat, Samihah Sheikh Amy yang baru dinikahinya.

Jelas Salih, bukan mudah untuknya merancang percutian bersama semua ahli keluarga berikutan kekangan masa dan ini merupakan suatu yang baik untuk seluruh ahli keluarga.

Sumber: Utusan Online

b/p: Tahniah Buat Salih dan Isteri. Semoga rimah tangga mereka kekal sepanjang hidup. Buat Salih, pastinya tanggung jawab semakin besar dalam menguruskan sebuah keluarga yang besar. Harap Salih dapat berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaik-baiknya. Kekalkan kerukunan rumah tangga. Agar hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Firman Allah Ta'ala,
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah An-Nisaa’: Ayat 3).

Firman Allah Ta'ala,
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (diawang-awangan).” (Surah An-Nisa’:129)

2 comments:

cik bAtu berkata...

eh ? dh kawen dah ??haha...btuah tol....
ckup jgak quota akhirnye..

NUR AIN AZMAN berkata...

Fuyoooo, cantik isteri k4 salleh yaacob. congrats! ;)