Jadual Perlawanan Untuk Diambil perhatian:
1. Bertemu Arsenal pada 13 Julai 2011
2. Bertemu Liverpool pada 16 julai 2011.
3. Bertemu Singapura (pusingan kedua perlawanan pertama) di Singapura pada 23 Julai 2011.
4. Bertemu Singapura (Perlawanan timbal balik) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011.
p/s: Moga skuad Harimau Malaya mencapai kejayaan... terus maju melangkah dengan penuh gaya....
RAJAGOBAL (kanan) meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke pusingan kedua pada Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan. (Foto: Kosmo)
Harimau Malaya melakar sejarah bola sepak tanah air apabila layak buat kali pertama ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.
Sekalipun tumpas 2-3 kepada Taiwan, namun, berdasarkan kiraan gol di tempat lawan skuad kebangsaan yang terikat agregat 4-4 dalam aksi di Stadium Perbandaran Taipei, membolehkan mereka layak ke saingan seterusnya. (Sumber: Utusan)
Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua di Stadium Taipeh, Taiwan, Ahad malam 3 Julai 2011.
Malaysia, yang mengalah Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu 29 Jun 2011, melangkah ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.
Kejayaan skuad Harimau Malaya itu membolehkan anak buah Datuk K. Rajagobal bertemu Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik itu pada 23 Julai 2011. Perlawanan timbal balik berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011.
Singapura mendapatkan 'bye' pada pusingan pertama kelayakan zon Asia.
Pada perlawanan 3 Julai 2011, Malaysia bermula dengan rentak agresif dan gerakan teratur membuahkan hasil seawal minit ketujuh menerusi Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 untuk kejohanan di Jerman.
Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil. (Sumber: BERNAMA)
Kejayaan Malaysia mara ke pusingan kedua pada Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia memberi makna yang cukup besar buat jurulatih Datuk K. Rajagobal.
Sebelum ini, sentuhan magis Rajagobal telah membawa skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos, sekali gus menamatkan penantian kilauan emas selama 20 tahun pada temasya dwitahunan tersebut.
Rentetan kejayaan anak-anak buah Rajagobal berterusan apabila mereka dinobatkan selaku juara Piala Suzuki AFF hujung tahun lalu. (Sumber: Kosmo)
Perlawanan persahabatan menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal dan Liverpool akan menjadi medan persiapan buat skuad Harimau Malaya sebelum bertemu Singapura untuk pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia.
Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal akan bertemu Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool pada 16 julai 2011.
"Skuad negara sebenarnya bertuah dapat bertemu dua pasukan EPL. Dua perlawanan persahabatan ini sudah cukup untuk kita memikirkan persiapan sebelum menentang Singapura.
"Ia merupakan satu persiapan yang baik buat pasukan negara di mana saya akan memberi peluang kepada pemain-pemain mempamerkan yang terbaik untuk dipilih dalam kesebelasan utama nanti." kata Datuk K. Rajagobal. (Sumber: Bernama)
Baca Juga:
Malaysia Tewaskan Taiwan di Perlawanan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014
Malaysia Vs Taiwan (Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014)
0 comments:
Catat Ulasan