04 Julai 2011

Utamakan Miliki Rumah Terlebih Dahulu?


(Gambar Hiasan)

Jika anda termasuk dalam golongan muda dan masih baru dalam bidang berkerjaya, apakah cara anda membelanjakan sumber kewangan anda?

Apakah pendapat anda (golongan muda) jika seseorang menyarankan anda untuk memiliki hartanah terlebih dahulu berbanding yang lain-lain?

Golongan muda yang baru bekerja lebih berminat untuk memiliki kereta, telefon pintar dan gajet terkini termasuk kamera digital yang menelan harga ribuan ringgit berbanding membuat pelaburan berupa rumah kediaman untuk pelaburan masa hadapan.


Jurulatih hartanah, Dr. Shah Razali berkata, nilai pembelian untuk produk-produk berkenaan dijangka susut dalam tempoh yang cepat ekoran peredaran masa dan keperluan pengguna serta pengenalan pelbagai produk terbaharu di pasaran.

Sebaliknya, golongan berkenaan beranggapan bahawa usaha untuk membeli rumah akan dilakukan sekiranya mereka memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan mereka iaitu ketika sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

"Pada awal bekerja, mereka mempunyai status kewangan yang sihat dan sepatutnya mereka perlu fokus kepada perkara yang boleh membantu meningkatkan pengembangan modal seperti membuat pelaburan hartanah dengan cara membeli rumah untuk disewakan.

"Ketika itu, mereka tidak perlukan modal yang besar dan membeli hartanah di lokasi yang menarik, tetapi cukup dengan sebuah rumah pangsapuri di lokasi strategik untuk disewakan.

"Sekiranya ia merupakan pelaburan yang tepat, maka ia akan mendatangkan aliran tunai yang positif," katanya selepas majlis pelancaran buku terbaharunya, Jejak Pelabur Hartanah.

Sumber: Kosmo.

p/s: Nilai hartanah terus meningkat tahun demi tahun. Bagaimanapun bagi kakitangan kerajaan, anggota perlu disahkan jawatan sebelum layak memohon pinjaman perumahan dengan perbendaharaan.

PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN
(Syarat-Syarat Asas)

1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
2. Warganegara Malaysia
3. Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
4. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
5. Telah disahkan dalam jawatan
6. Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

Sumber: Kedah.edu.my.

2 comments:

Niena Muhammad berkata...

yup.. btul, rmai yg memilih utk beli kereta...hp yg mahal. sy xpntingkan suma tu,, biarlah org menghina sy naik motor secondhand asl sy tau apa yg sy buat,skang ni alhamdulillah da dpt hasilnya :D

bli rumah ni sgt2 utk.. tpi kna pndai2 crik gak,klo nk cri rumah yg msih lam pmbinaan,kna cri ngan pemaju yg betul2 blh wt keja.. jgn terpedaya.. hrga rumah yg msih lam pmbinaan lbih murah.sy sokong lau ank muda bli rumah awl.. xrugi kwn2

Unknown berkata...

alhamdulillah, benda pertama sya beli lepas keje adalah beli rumah...
kereta pun tak heran sbb rumah tu aset kan...