16 Julai 2011

Malaysia Vs Liverpool

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK
MENENTANG KELAB EPL
(Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Jelajah Asia 2011)





TARIKH: 16 JULAI 2011 (SABTU)
MASA: 5.45 Petang
VENUE: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Keputusan:
Liverpool (6) Vs Malaysia (3)
Jaringan Gol Liverpool: Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.
Jaringan Gol Malaysia: Safiq Rahim dan Safee Sali (2).


PEMAIN pertahanan Malaysia, Helmi Remeli (dua kiri) 
menghalang percubaan pemain Liverpool, Sotirios Kyrgiakos (Foto; Utusan)

PARA pemain Malaysia bersalaman dengan pemain Liverpool selepas aksi persahabatan
di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang 18 julai 2011. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu 13 julai 2011. (Rujuk: Kosmo)

Selepas ini, Malaysia akan memulakan misi menentang Singapura dalam kelayakan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia yang di republik itu pada 23 Julai 2011.

Ini adalah kunjungan kali pertama pasukan Liverpool itu ke Malaysia dan Kuala Lumpur merupakan persinggahan terakhir The Reds dalam siri Jelajah Asia 2011 setelah memenangi 4-3 menentang Guangdong Sunray Cave di Guangzhou, China Rabu 13 julai 2011.

Pasukan itu akan pulang ke Eropah untuk perlawanan persahabatan menentang Hull City (23 Julai), Galatasaray (28 Julai), Valerenga (1 Ogos) dan Valencia (6 Ogos).

Rujuk: BERNAMA

0 comments: