17 Ogos 2011

Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)



Sewa beli ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut. Anda adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik. Hak milik hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan. Sementara itu, anda boleh membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan. Anda boleh memohon pembiayaan SB daripada syarikat kewangan.

Pelbagai barangan boleh diperolehi secara SB, termasuk:
• Semua barangan pengguna yang diperolehi untuk kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah
• Kenderaan bermotor termasuk kenderaan orang sakit, motosikal, motokar (termasuk
teksi dan kereta sewa), kenderaan barangan dan bas

(Untuk Maklumat Lanjut Tentang Sewa Beli: Klik Banking Info)


AKTA SEWA BELI 1967 (Pindaan 2010)

Peranan Penyewa (Pengguna):

1. Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian.
2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya.
3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli.
4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1.
5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong.
6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil.
7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.

[Untuk Maklumat Lanjut (Hak Penyewa, Peranan Bank, Hak Bank) Siila Klik Konsumerkini.]

Semua permasalahan mengenai Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang dikuat kuasa 15 Jun 2011 dianggap selesai setelah semua pihak berkenaan mencapai persetujuan dalam mesyuarat 28 Julai 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua pihak yang hadir pada mesyuarat dengan kementeriannya itu berpuas hati dengan penjelasan kementerian.

Antara perubahan yang dilakukan ialah bayaran deposit yang sebelum ini perlu dibayar kepada pihak bank kini dibenarkan dikutip oleh penjual kereta dengan syarat mempunyai surat kebenaran atau lantikan dari pihak bank.

Beliau berkata semua pihak juga bersetuju agar pemeriksaan kenderaan terpakai untuk dijual dikekalkan, cuma pemeriksaan keselamatan (B7) boleh dilakukan bersama pemeriksaan menukar nama kereta, manakala tempoh sah laku B7 dilanjutkan dari dua bulan kepada empat bulan.

"Dari segi keperluan untuk mengisi Jadual I dan II iaitu butiran mengenai kereta yang hendak dibeli, perkara itu perlu dilengkapkan cuma ia tidak perlu mendapatkan tandatangan dari pihak pemberi pinjaman, kerana kita mahu pembeli tahu mengenai butir kenderaan yang dibelinya.

"Cuma untuk kereta yang diimport, oleh kerana belum ada lagi nombor casis dan sebagainya, kita memberi sedikit kelonggaran dan mereka tak perlu meletakkan butiran tersebut tetapi perlu disertakan mengenai borang tempahan yang mempunyai nombor siri kenderaan tersebut," katanya.

Kementerian memberi jaminan bahawa hak pengguna tetap dilindungi dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi keselamatan dan nyawa mereka.

Sumber: BERNAMA

0 comments: