26 Ogos 2011

Had Laju Kenderaan Kurang 10 km/jam Sempena Eidul Fitri

Selamat Menyambut Kedatangan Eidul Fitri Saya Ucapkan Kepada Semua Rakyat Malaysia Beragama Islam. Mari kita bersama-sama beramai-ramai bersesak-sesak di lebuh raya.....



Bermula hari ini, saya pasti ramai daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam mula merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung sempena sambutan Eidul Fitri tidak lama lagi. Pastinya anda semua begitu bersemangat untuk balik kampung di mana radio di dalam kenderaan anda pula tidak henti-henti memutarkan lagu "Balik Kampung' dendangan Sudirman.

Saya mengambil kesempatan untuk berpesan-pesan kepada semua pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat agar sentiasa selamat.

Adalah dimaklumkan pengurangan had laju kenderaan sebanyak 10 km/j telah berkuatkuasa mulai 24 Ogos sehingga 6 September 2011 untuk jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri.




Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalanan ketika orang ramai berpusu-pusu "balik kampung" untuk Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata had laju bagi jalan persekutuan kini ialah 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.

Beliau berkata pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lepas sehingga 6 September 2011.

"Walaupun kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak empat peratus sepanjang tempoh Januari-Jun tahun ini, namun langkah berjaga-jaga adalah penting diutamakan sebelum dan selepas perjalanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2011 sempena perayaan Aidilfitri.

Sumber: BERNAMA

7 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;
10kmj..bila nak sampai.!!

hadi berkata...

raya ke3 tahun 2016...hehehe

♥ Cik Nur Elyana ♥ berkata...

ee.kereta ke yg byk2 tue??

Elie Lily berkata...

nak2 raya ni, waktu bilanya jalan akan jadi tak jem? T_T

Zul fattah berkata...

aloola.. slow kot..
entah2.. lepas raya baru sampai.. haha..

http://zulfattah.blogspot.com/

AimiiiLove berkata...

OMG!Byk gile cars!

Tanpa Nama berkata...

perghhhh. jem ke jual kete tu???

*pitam