Nuff Atas

26 Ogos 2011

Kapsul Belon Bawa Pelancong Lihat Bumi Di Angkasa Lepas.

Kini anda tidak perlu memohon untuk menjadi Angkasawan terlebih dahulu untuk melihat Bumi dari angkasa lepas....


KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.

BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013.

Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.

Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.


Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.


BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.

Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.

Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu.

Sumber: Kosmo

2 comments:

fiLfiL berkata...

uii,, mcm2 dah skrg ek..

Ku Syida berkata...

Orangg kaya je laa boleh naik....Hahahaha..