30 Oktober 2011

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011




Tarikh:        29  Oktober, 2011
Tempat:      Stadium Shah Alam
Keputusan: Negeri Sembilan (2) Vs (1) Terengganu
------------------------------------------------------------------------------------



Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 telah pun selesai. Pastinya ramai yang terkejut (terutamanya para penyokong Terengganu) dengan keputusan yang tak terduga ini.

Itulah sukan bola sepak. Segalanya berkemungkinan.Pasukan yang layak ke peringkat akhir pastinya pasukan yang terbukti kuat. Masing-masing dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Terengganu mempunyai rekod yang cemerlang dalam sukan bola sepak pada tahun ini. Terengganu menjuarai Piala FA dan muncul naib juara Liga Super, membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang mantap.

Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.


Foto: Kosmo

Terengganu pastinya telah membayangkan kemenangan akan berpihak kepada mereka sebaik sahaja Ashaari Shamsuddin menjaringkan gol untuk Terengganu pada minit ke 59.

Bagaimanapun tragedi tak terduga berlaku pada minit ke-81, apabila penjaga gol Terengganu Sharbinee Allawi gagal untuk menangkap dengan kemas lantunan bola hasil sepakan mudah daripada Kunanlan menyebabkan satu keputusan seri terhasil.

Impian Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia 2011 akhirnya lebur apabila Hairuddin Omar (Hai-O) dengan rembatan cantik berjaya menghasilkan gol pada minit ke-86 yang seterusnya membawa kepada kejuaraan Negeri Sembilan.


Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam. (Foto: BHarian)

Sebagai catatan rekod, Hairuddin telah muncul sebagai wira dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak 3 tahun berturut-turut.

Hairuddin muncul sebagai wira apabila membawa kejuaraan kepada Negeri Sembilan melalui tandukannya ketika menentang Kelantan pada Piala Malaysia 2009.

Pada tahun 2010, Hairuddin membantu Kelantan juga melalui tandukannya untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama menewaskan Negeri Sembilan.

[Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu.

Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara.

"Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa dengan kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya.

"Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited dengan pasukan yang saya wakili," katanya. (Utusan)]


Foto: Utusan

Ini merupakan kali ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas tahun 1948 (ketika itu digelar Piala HMS Malaya) dan 2009.

Tahniah Kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan.


Foto: Utusan


Foto: Utusan

5 comments:

mashita berkata...

tahniah n.9 ..... :)

Deela berkata...

seronok nya rakyat jelata n9 ^^
congrate.

naiemah_ramli berkata...

untuk trangganu..cuba lagi tahun depan.. :) ^_^

Kata Hatiku.. berkata...

Girang Hatiku..Bila Skuad Hoben Jang Hoben Menang...

Ayien Ocaca berkata...

sokong n9 !!!!
n9 menang !!Hai-O encem la....hahaha :)