03 Oktober 2011

KUCING HILANG



Kepada sesiapa yang ada menemui kucing saya ini, sila hubungi saya:

NURUL SYAMIZAH

019-9XXXXXX

........................................................................................................................

Releks dulu. Jangan buat apa-apa bila membaca hebahan di atas. Bukan aku yang kehilangan kucing tersebut. Tetapi hebahan tersebut adalah iklan yang saya dapati diletakkan di papan kenyataan masjid untuk perhatian para jemaah masjid.

Saya tertarik untuk mendekati iklan tersebut apabila seorang warga emas dan beberapa orang kanak-kanak sedang asyik meneliti dan membelek-belek iklan tersebut di saat kami semua menunggu masuknya waktu solat Asar.

“Iklan macam ini pun ada kat masjid. Macam mana nak kenal, semua kucing pun kelihatan sama sahaja,” kataku.

“Sayang sangat dia ni kat kucing dia,” balas lelaki warga emas tersebut.

“Kucing adalah seekor haiwan yang sangat kuat daya kenal dan ingatannya terhadap rumah tempat tinggalnya. Kita biasa dengar orang menghadapi maslah untuk membuang kucing. Jika ia di buang di kawasan yang berdekatan dengan rumah, selepas dua atau tiga hari pasti kucing tersebut akan sampai kembali ke rumah,” ulas ku, lalu dipersetujui oleh lelaki tersebut beserta dengan pengalaman peribadinya tentang hal tersebut.

“Kucing ni cantik. Saya pasti jika ada yang mengambilnya , orang itu pasti mengambil tindakan mengurungnya agar ia tidak dapat terlepas keluar,” kataku lagi.

“Kemungkinan juga kucing tersebut telah habis dijadikan lauk. Kerana terdapat di kalangan warga asing dari Negara Vxxxxxx dan Nxxxxx yang berada di Malaysia menjadikan anjing dan kucing yang mereka temui di jalanan sebagai juadah makanan mereka,” kata lelaki itu pula.

Memang aku pun ada terdengar tentang hal ini.

Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja apabila bilal mula melaungkan Azan menandakan masuknya waktu solat Asar.

Harapan ku jika panjang umur kucing tersebut, suatu hari nanti dapatlah kucing dan tuannya bertemu kembali. Moga-moga.

5 comments:

Bawang Goreng berkata...

Eeee... tak baek makan tucin! Cian dia...

Latest update : Kalau cinta, jangan ego!

Polskahackrew berkata...

Kejam betul orang yang sanggup makan kucing..

Polskahackrew | Blog pembelajaran Blogspot

Tanpa Nama berkata...

kuh3 kenal ramen melalui naruto nampak sedapppppp

Ungu Violet berkata...

kalau kucing kmpung...dia boleh cari jalan balik umah tuan dia..tup2 dh smpai umah dh..:)

Unknown berkata...

cute nya