08 Oktober 2011

Setting Modem Pun Tak Reti



Petang semalam hujan turun dengan lebatnya meraikan saat berlangsungnya pembentangan bajet 2012. Hujan yang turun diiringi pula oleh kilat yang sabung menyabung dan dentuman petir.

Aku ketika itu baru saya online dan memulakan ziarah balas ke beberapa buah blog yang sudi jengok-jengok ke blog aku. Dentuman kilat menyebabkan aku mengambil keputusan menutup laptop dan menyuruh anak aku mematikan suiz modem wifi.

Aktiviti berikutnya tertumpu kepada menonton pembentangan bajet 2012 sambil baring-baring. Sambil aku menunggu beberapa pengumuman yang bak-baik daripa Bajet yang mesra rakyat itu, sempat juga satu dua kali aku terlelap. Cuaca yang begini memang sangat sesuai dan kondusif untuk memejamkan mata sambil menonton mimpi-mimpi, (Tidur siang ada mimpi ke ?).

Sesekali apabila mata aku terbuka, aku sambung lagi melayan pembentangan bajet. Tiba-tiba satu dentuman petir yang kuat bergema selepas satu nyalaan kilat memancar. Aku tidak menghiraukan hal itu. Aku terus mengamati ucapan PM di kaca TV. Akhirnya aku terlelap lagi. Aku tak pasti berapa lama aku melayan mimpi-mimpi. Apabila aku sedar di saat hujan telah pun berhenti. Perdana Menteri telah pun selesai dengan tugasnya membentangkan Bajet 2012.

Aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat Asar.

“Abah interner tak ada connection. Tak ada lampu menyala,” kata Angah yang memang kuat main game internet.

Dia memetik suiz peralatan modem wifi dan menunjukkan kepada aku bukti bahawa lampu pada modem wifi tak menyala. Aku membelek-belek peralatan tersebut beberapa ketika. Memang sah alat tersebut telah punah. Aku pasti moden tersebut telah disambar petir. Timbul penyesalan kerana aku tak mencabut kabel talian telekom daripada modem tersebut. Pasti arus elektrik yang berlebihan berpunca daripada aliran elektrik dalam talian telekom.

Selepas solat aku menuju ke kedai computer untuk membeli modem wifi pada harga yang agak berkemampuan untuk ku beli. Aku dapat satu dengan harga RM99.00.

Sampaii rumah , selepas selesai solat maghrib, aku pun setting peralatan tersebut sebagaimana yang diarahkan dalam manual yang disertakan. Dan pekerja kedai computer tadi pun telah beri tunjuk ajar (orang kata tutorial) macam mana nak setting. Aku yakin aku boleh buat sendiri.

Aku masukkan ID akaun internet sebagai ‘wxyz@streamyx.com’ dan passwordnya ‘abchurufrumi’. (ID dan password ini bukan yang sebenar dan hanya rekaan penulis).

Aku save segala yang aku setting. Tiba kini masa untuk mengujinya. Dalam semakan aku, peralatan berfungsi dengan baik. Internet connected. Aku klik pada ikon Mozilla….. beberapa ketika muncul paparan 'internet no connection'. Apabila aku 'diagnose', aku dapati internet dalam keadaan limited connectivity.

Aku try beberapa kali lagi untuk reset peralatan dan buat setting baru. Masih lagi perkara yang sama berlaku. Aku test line telefon. Ternyata line telefon pun okay.

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku surrender. Aku telefon kawan aku yang agak pakar dalam bidang pengkomputeran pada jam 10.30 malam. Nasib aku agak baik kerana dia belum tidur lagi. Memang tabiat dia ni, biasanya jam 10 malam dia dah lelap.

Dia minta aku datang ke rumahnya bersama-sama modem wifi yang baru aku beli itu. Dia pun pening juga. Pada pengamatannya setting yang aku buat adalah betul.

“Aku pun dah lama tak buat setting alat ni. Dah tak berapa ingat’” katanya.

Dia klik ke sana dan klik ke mari untuk melihat dan menyemak setiap maklumat setting.

“Aku rasa ID akaun internet tak ada ‘dot com' kan?,” katanya memberi pandangan dalam pengetahuannya yang ingat-ingat lupa.

“Entah, aku pun tak pasti. Cubalah kau buang ‘dot com’ tu,” cadangku.

Dia pun melaksanakan apa yang aku cadangkan.

Akhirnya......

Alhamdullah...... Ia berfungsi. Aku boleh berlayar kembali ke dunia maya seperti biasa. Apa yang penting, malam ini aku nak baca isi-isi penting berkaitan Bajet 2012 daripada maklumat terkini akhbar online. Itulah angan-angan aku.

Sebelum pulang, rakan aku ajak minum-minum dahulu sambil borak-borak di rumahnya. Lama juga aku berborak-borak sampai tak sedar masa berlalu. Aku meminta diri untuk pulang apabila jam menunjukkan jam 12.30 malam.

‘Esoklah aku baca cerita Bajet 2012. Mengantuk pulak aku rasa,” kata hatiku melayan perasaan malasku sebaik sampai di rumah.

1 comments:

Sya & Syima berkata...

kahkahkah!kelakar la awak ni bang! takde internet macam kucing nak beranak jadi nya...heheheh

erkkk??? saya pun sama...