14 Oktober 2011

Tablet Jadi Tumpuan Peminat Gajet Komputer

"Tablet tu komputer macam mana abah?" tanya Angah pada suatu hari sebaik aku memberhentikan kereta di persimpangan jalan sewaktu lampu isyarat berwarna merah.

"Entah... Komputer tablet abah tak tahu. Panadol Tablet abah tahu lah" jawab aku tak habis-habis nak buat lawak kurang cerdik.

Si Angah kemudiannya menuding jari telunjuknya ke arah satu kain rentang promosi jualan yang terentang di persimpangan jalan tersebut. Rupanya dia terbaca pasal 'Tablet' ni di kain rentang tersebut.




Budak-budak sekarang ni memang canggih, segala macam gajet yang berkaitan dengan komputer lebih dulu mereka kenal. Aku sahaja yang tak nak ambil tahu. Pada aku kenal laptop, netbook dan internet dah cukup hebat lah tu.

Penerangan dan tunjuk cara beberapa aplikasi yang terdapat pada gajet ini oleh seorang pada suatu hari, serba sedikit memberi pengetahuan kepadaku tentang 'Tablet'. Penerangan tersebut hampir-hampir mempengaruhi dan meracun fikiranku. Seolah-olah rakan aku itu berkata kepada aku "Kau belilah satu, bukannya mahal pun".

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEJAK syarikat teknologi Apple Inc. memperkenalkan komputer tabletnya, iPad pada tahun 2010 yang lepas, produk seumpama itu terus mendapat tempat di hati penggemar gajet dunia.

Popularitinya yang semakin meningkat adalah disebabkan ia mempunyai reka bentuk serta binaan cukup ringkas selain menawarkan aplikasi canggih dan menyeluruh.

Seringkas nama tablet, peranti berkenaan mempunyai saiz yang kompak, ringan, nipis, mudah di bawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

Tahun 2011 menyaksikan banyak syarikat teknologi dunia berlumba-lumba menghasilkan produk tablet mereka dengan tawaran pelbagai spesifikasi menarik dan sofistikated.

Tujuannya adalah untuk memberi lebih pilihan dan menarik perhatian pengguna memiliki produk mobiliti berkenaan.

Malah, sambutan luar biasa yang diterima produk tablet ketika ini dikatakan bakal mengatasi pasaran komputer netbook menjelang tahun 2012.

Sumber: Utusan

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar.


PENGGUNA kini lebih cenderung mendapatkan iPad atau Samsung Galaxy Tab 10.1 berbanding PC.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS.

Sumber: Kosmo

4 comments:

Cik Ice berkata...

Dream to have 1..huhu (-_-)"

Baity SweetOuju berkata...

si angah mmg suke bertanyer, sama cam ank sy..

Tanpa Nama berkata...

tak mampu la nak pakai sobsob :)

ch000tz berkata...

prefer Ipad2 still..:D