09 Oktober 2011

Tidak Cukup Tidur Ancam Nyawa

Adakah tidur anda cukup?
Kepada para blogger dan penggemar-penggemar kehidupan alam maya cyber.
Adakah anda rasa artikel ni kena kat batang hidung anda atau tidak?



Saya pasti ianya kena dengan tepat ke batang hidung sesetengah blogger pengguna applikasi laman sosial (seperti facebook), penggemar-penggemar game online... dan yang seerti dengannya.

Apabila diteliti jejak-jejak di dalam shout box, atau komen-komen komen setiap entri, atau statistik pelawat blog maka anda akan dapati masih ada yang belum tidur pada waktu yang sepatutnya orang tengah tidur antara jam 2.00 hingga 6.00 pagi. Mereka bukan berada atau berasal dari luar negara, tetapi mereka kebanyakannya masih berada di Malaysia.

Cuba baca dengan teliti hasil kajian berikut berkaitan dengan betapa pentingnya tidur yang cukup. Selepas memahami hasil kajian ini, maka selepas ini mari kita lancarkan kempen tidur awal dan tidur yang cukup. Ucapkan selamat malam kepada semua rakan-rakan blogger sebelum jam 12.00 malam.

Macam mana? Ada berani?

Catatan: Ajal dan maut ketentuan Allah. Bagaimana pun setiap manusia terutama yang beragama islam mempunyai keupayaan untuk berusaha dan berdoa agar dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Jika kajian ini benar dan kita melaksanakan maka ia adalah salah satu usaha. Wallahuaklam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Sumber: BHarian

2 comments:

Jahirah berkata...

mmg terkena sedikit kat batang idung sendiri ni....tido lambat tu kdg2 dah jd mcm habit,tapi tgk keadaan la jugak....hehee.kena ubah ni habit xsihat...

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;
dulu masa mula2 berblog pernah juga tak tidur jam 2-4pagi,sekarang ni tak lagi jam5 atau 6 petang dah tak bukak blog lagi..