26 November 2011

Antara 'Penakut' dan 'Sedetik Lebih'

Anda Suka Dengar Yang Mana? Pilihan anda berdasarkan melodinya, liriknya atau penyanyinya?



Sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan!

AIM 18 yang berlangsung pada 12 November 2011 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut. Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Lagu Penakut tidak menang dalam mana-mana satu subkategori yang membolehkannya diangkat juara. Sedangkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah subkategori sama ada Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik atau Lagu Nasyid Terbaik.

Maka anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi oleh Yuna pun dipulangkan. Sesudah dipulangkan, ia kemudian diberi kepada pemenang yang lebih layak mengikut penjurian profesional AIM, Sedetik Lebih.

"Meskipun saya adalah mangsa terhadap kesilapan yang berlaku, tetapi saya yakin ia tidak akan memberi impak yang lebih besar terhadap kerjaya dan maruah saya sebagai penyanyi pada masa akan datang," ujar Yuna.

"Selepas ini, mana-mana pihak yang terbabit dalam penganjuran anugerah sebegini haruslah memikul tanggungjawab yang diberikan dengan lebih baik supaya tiada lagi sebarang kontroversi yang timbul.

"Saya sangat yakin segala masalah yang berlaku ini adalah di luar jangkaan. Cuma saya berharap masalah yang sama tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang," tegas Yuna lagi.

Sumber: Kosmo

Mari Kita Sama-Sama Mendengarkan Lagu Tersebut Sebagai Halwa Telinga Kita.

Penakut



Sedetik Lebih



7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sy suke lagu sedetik Lebih tuu :]

♛RaRa♛ berkata...

haish macam2 tapi memang lagu sedetik lebih tuh mmng sedaaappp lagi,saya pon sukee.^-~

Biha Fauzi and Thira Fauzi berkata...

keputusan tak muktamad... pelik je...

Jahirah berkata...

yg menjadi mangsa yuna....kesian gak dia..harap pasni xkn berulang lg kes mcm ni...

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

kesian kat yuna . kena malu cm tu ja

lagu sedetik lebih best :)

Cikgu Ma berkata...

lagi cerita yuna..=)

berhijrah dari keburukan kepada kebaikan...salam maal hijrah =)

jom baca =)
sambutan sekadar adat atau penghayatan???

Woofer Storm berkata...

cian yuna..tapi sy lagi suka lagu sedetik lebih..memang best lirik dia^^

follow sini^^