21 November 2011
Anugerah Kualiti
Pada hari Rabu, 16/11/2011, jam 8.30 malam, bertempat di Bukit Bendera Resort. Telah diadakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Kualiti kepada kakitangan organisasi (Warga Puteri).
Majlis tersebut turut meraikan seorang kakitangan yang akan berpindah untuk bertugas di kampung halamannya. Begitu seronok dia. Nampak macam senyumannya sampai ke telinga kerana begitu gembira apabila hasratnya untuk bertugas di kampung halamannya termakbul.
Ke semua kakitangan perempuan tampil anggun seolah-olah para artis yang menghadiri Majlis Anugerah Bintang Popular.
Kakitangan lelaki pula tampil simple, pakai seadanya asalkan menutup aurat dalam suasana majlis yang separa formal.
Dalam ucapan alu-aluan dan perasmian majlis makan malam tersebut Ketua Jabatan iaitu boss kami Pn. Hjh. Zamiah memuji penampilan kakitangan perempuan disamping itu menganbil kesempatan menyindir kakitangan lelaki.
“Barangkali pada masa akan dating saya kena fikirkan untuk menghantar kakitangan lelaki untuk menyertai satu kursus grooming” katanya.
Dalam hati aku berkata-kata, “Sedang aku tak grooming macam ni pun bini aku dah risau, kalau grooming aku rasa mesti cukup kuota aku 4 orang.”
Selepas selesai acara makan-makan, majlis penyampaian sijil dan anugerah kualiti pula menyusul kemudian. Aku sibuk dengan hal aku berborak-borak dengan rakan sebelah-menyebelah. Pada tanggapan aku tak mungkin nama aku akan disebut atau dipanggil untuk menerima apa-apa anugerah.
Dalam menjalankan tugas memang aku tak pernah terfikir untuk memperolehi penghargaan. Aku jalankan tugas sebaiknya sebagaimana keperluannya dan arahan. Aku laksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang aku terdaya. Dalam pada itu aku juga menolong menyelesaikan masalah tugasan rakan sejawat memandangkan aku mempunyai pendirian utk melaksanakan tugas secara berkumpulan.
Aku hadir dalam majlis tersebut semata-mata utk melibatkan diri dalam majlis anjuran jabatan. Meraikan rakan yang akan berpindah yang utamanya aku nak makan makanan yang dihidangkan di hotel.
Tidaklah aku mengharapkan apa-apa anugerah. Pada pandangan aku ramai lagi yang rajin bekerja dan cemerlang. Sedang aku pula banyak sangat aktiviti sampingannya di samping melaksa nakan tugas. Aku minat baca novel, aku minat berblog… aku minat itu.. aku minat ini… Segala macam aku minat. Sehingga kadangkala aku rasa sesetengah kerja tidak begitu cemerlang hasilnya.
Oleh itu barangkali aku adalah antara kakitangan yang paling selekeh di segi penampilan pada malam itu. Aku datang selepas selesai solat maghrib di surau. Jadi pakaian aku adalah T-Shirt berkolar , berkopiah, seluar slack dan bersandal. Mujur aku tak pakai kain pelikat.
Dalam aku sibuk berborak-borak dan mengusik orang sebelah menyebelah, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk menerima satu anugerah khas GPK1. Aku menang kategori tersebut tanpa bertanding. Tak ada pun disebut senarai calon-calonnya. Memang semua ketegori pun hanya menyenaraikan penyandangnya sahaja. Oleh itu tidak terdapat pun unsure-unsur saspen dalam penganugerahannya.
Aku memperoleh sekeping sijil penghargaan, sebuah plak dan sebuah piala pusingan.
“Issshhkkk… kenapa tak cakap awal-awal aku nak dapat anugerah. Kalau tak boleh lah aku pakai kemas sikit,” hatiku berkata-kata.
Wah!! Aku terkejut. Aku tak percaya. Aku bangun selepas terpaku seketika. Macam tak percaya.
Nasib baik selepas dpt anugerah, tak ada ucapan penerima anugerah. Kalau penerima diberi peluang pasti aku akan bercakap macam artis artis dapat anugerah.
“Saya tak sangka akan menang anugerah ini. Terima kasih kepada mak, ayah, pak long, mak long, adik, kakak, abang ……… “ agaknya begitulah bunyi ucapan aku. Kemudian tu sambil aku bercakap sambil aku menangis kerana terharu.
Bagaimana pun aku memang sebenarnya terharu dengan penghargan ini. Di kesempatan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan ini. Yang pastinya ucapan terima kasil ini aku tujukan kepada Boss Pn. Hjh Zamiah, Second Boss En. Norazami , dan Boss nombor tiga Pn. Alwiah kerana melihat kualiti yang ada pada diri aku seterusnya memutuskan untuk memberikan anugerah kepada aku.
Juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan di bilik Akuarium En. Nazarul, En. Badri, Pn. Laila, Pn. Hanizah dan Pn. Zaleha kerana saling sokong dan menyokong. Juga ucapan kepada ahli department aku yang memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan baik iaitu Pn. Eriniwati, En. Mohd. Fazil dan Pn. Normela.
Sebenarnya penghargaan ini membuatkan aku rasa terharu dan rasa bersalah. Aku rasa seolah-olah mereka telah memilih orang yang salah untuk anugerah ini. Aku bukanlah orangnya yang benar-benar cemerlang. Anugerah ini seolah-olah hadir bersamanya satu sindiran pula kepada aku.
Sehingga kesan daripada itu, aku menanamkan tekad aku patut berubah . Aku sepatutnya bukan sahaja kelihatan cemerlang, tetapi sepatutnya memang sebenarnya cemerlang.
Terima kasih semua..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas anugerah dan rahmatNYA…
Astargfirullahalazim
Labels:
Masam Manis Payau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
seharusnya anugerah ni kasi kat kita ajer kan :D
Catat Ulasan