Nuff Atas

21 November 2011

Keputusan Final Bola Sepak Sukan SEA Indonesia 2011

PERLAWANAN BOLASEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011



MALAYSIA VS INDONESIA
TARIKH: 21 NOVEMBER 2011 (ISNIN)
MASA: 8.30 P.M.
VENUE: GELORA BUNG KARNO, SENAYAN.

KEPUTUSAN PENUH:

MALAYSIA (5) VS INDONESIA (4)

TAHNIAH HARIMAU MUDA! TAHNIAH MALAYSIA!

Keputusan Seri Walaupun Selepas 30 Minit Masa Tambahan, Membawa Kepada Penentuan Pemenang Secara Sepakan Penalti.

Jaringan Gol Malaysia: Asraruddin Putra Omar (33")
Jaringan Gol Indonesia: Gunawan Dwi Cahyo (4")

Sepakan Penalti Membawa Kepada Tambahan Gol:

Malaysia: 4 Gol
Indonesia: 3 Gol



Tendangan kencang Badrul Bahtiar terlepas daripada tangkapan penjaga gawang Indonesia, telah membawa kepada jaringan gol kelima Malaysia. Seterusnya membawa kepada kemenangan Malaysia menjuarai perlawanan bola sepak dan memperolehi 'Ibu Emas' Sukan SEA ke-26 Indonesia.

Tak lupa juga ucapan syabas buat Khairul Fahmi Che Mat, atas tugas cemerlangnya menjaga gawang dan menyelamatkan banyak bola-bola bahaya daripada pasukan lawan di sepanjang kejohanan ini.

Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak sukan SEA di Jakarta ialah pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Selepas 20 tahun Malaysia berjaya meraih pingat emas untuk acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos selepas menang tipis 1-0 ke atas Vietnam.

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta,

TAHNIAH HARIMAU MUDA! TAHNIAH MALAYSIA!

Ganjaran Kepada Pemain.

Berikutan dengan kemenangan ini.....

Setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak (B-23) skuad Sukan SEA ke-26 yang memenangi pingat emas selepas menewaskan Indonesia, menerima ganjaran wang tunai RM30,000, sumbangan peribadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah. (BHarian, 23/11/11).

Baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka. (Kosmo, 23/11/11).

2 comments:

Miss Xyz berkata...

Alhamdullilah, Malaysia menang!

smilenajah93 berkata...

malaysia hebat :)