19 November 2011

Memori Hentian Bas Kelang



Hentian Bas Kelang adalah satu-satunya terminal bas yang mesti dituju oleh pengguna pengangkutan awam tersebut untuk pergi dan balik dari kelang ke Kuala Lumpur. Pada penghujung tahun 1980-an ketika aku menuntut ilmu di Sebuah sekolah di Cheras, terminal bas ini adalah hentian yang pasti aku kunjungi sekurang-kurangnya sebulan sekali apabila balik ke kampung di Banting untuk tempoh beberapa tahun.

Pada awal tahun 1990-an ketika aku menuntut ilmu di MPTAA Kuantan, sekali-sekala aku akan mengunjungi tempat ini apabila aku rasa malas dan penat menunggang motosikal untuk balik ke kampung halamanku.

Pengalaman transit di terminal bas tersebut pastinya banyak dalam tempoh tersebut. Antaranya kerana ingin menjimatkan wang poket yang kering, adalah perkara biasa aku berjalan kaki daripada Pudu Raya melalui Petaling Street untuk ke situ. Atau berjalan kaki dari Terminal Bas Jalan Pekeliling melalui Jalan Tengku Abdul Rahman untuk ke situ. Begitulah sebaliknya.



[Selama 41 tahun, Hentian Bas Klang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur yang ingin menaiki bas ke Kelang dan sebaliknya. Selama 41 tahun itu sebanyak 74 buah bas membuat 260pusingan di Hentian Bas Klang setiap hari dengan anggaran 5,000 penumpang sehari. (AgendaDaily )]


[Terminal Bas Pasarama Kota dirasmikan pada 10 November 1968. Ianya bukan saja lokasi bas ‘berlabuh' tapi mengambil dan menurunkan penumpang, tetapi juga terdapat tempat meletak kereta bertingkat yang pertama didirikan di ibu kota. (Kosmo)]


Perasmian tempat letak kereta bertingkat pertama di ibu kota di Hentian Bas Klang, pada 1968.

Hentian Bas Kelang atau kini lebih dikenali dengan nama Pasarama Kota suatu ketika dahulu kini ditutup bermula 1 November 2011 untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT) dijalankan di situ.

Semua operasi perkhidmatan bas dari terminal tersebut akan dihentikan selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober dan akan memulakan operasi perkhidmatan mereka dari lokasi baru pada 1 November.

Syarikat bas yang beroperasi dari Jalan Sultan berhampiran Pasarama Kota juga terlibat dalam penutupan dan penempatan semula ini.

Kesemua penumpang perkhidmatan bas yang ingin ke Klang, Pelabuhan Klang dan Banting dikehendaki menaiki bas di Pudu Sentral bermula 1 November 2011.

Bas-bas berkenaan tidak dibenarkan mengambil penumpang dari mana-mana hentian bas di pusat bandaraya.

[Sebanyak empat buah syarikat bas yang beroperasi di sini akan dipindahkan sementara di Pudu Sentral iaitu Cityliner (Kenderaan Klang Banting Berhad), Causeway Link (Handal Ceria Sdn. Bhd.), Seranas/Wawasan Sutera, dan Rapid KL. (MStar) ]

Sebab Penutupan

Penutupan Pasarama Kota adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT Pasar Seni bawah tanah yang baru.

[Penutupan operasi terminal bas Pasarama Kota adalah untuk memberi laluan kepada projek Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang melibatkan pembinaan terowong bawah tanah sejauh 10 kilometer di pusat bandar raya termasuk melalui bawah 20 lot bangunan di sepanjang Jalan Sultan di situ. ( Utusan )]

Stesen MRT Pasar Seni baru ini akan berintegrasi dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada, di mana pengguna perkhidmatan LRT dapat menukar kepada perkhidmatan MRT atau sebaliknya tanpa meninggalkan stesen dan tanpa keperluan untuk membeli tiket baru.

Terminal bas yang baru akan dibina semula di tapak yang sama apabila projek MRT ini selesai, dijangkakan pada tahun 2016.

Sumber: MStar

5 comments:

Unknown berkata...

tinggal kenangannnnnnnnn

THE AUTHOR berkata...

kenangan manis

Mohamadazhan.com berkata...

memorial silam.hehe

ch000tz berkata...

hhahaha stesen bas pun ada memory eyh hahahah

afzalsukasuki berkata...

pernah dtg sekali je..tu pun tggu bapak aku dtg amik.sekarang takde lagi :(