Nuff Atas

26 Disember 2011

SBPA Untuk Guru



INTISARI PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011

Struktur perkhidmatan baru di bawah SBPA terbahagi kepada empat kumpulan perkhidmatan iaitu:

1. Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan Awam yang bertindak sebagai Ketua Eksekutif. Bagi perkhidmatan pendidikan, jawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPPM) adalah tergolong di bawah Kumpulan Premier.

2. Kumpulan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas. Jawatan Utama dimaksudkan sebagai jawatan di peringkat pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi. Manakala jawatan Gred Khas pula ditetap berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman pegawai yang tidak melaksana peranan ataupun tugas yang bersifat pengurusan dan strategik.


3. Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan. Lapisan gred bagi Kumpulan Pelaksana adalah dikekalkan mengikut kelayakan masuk minimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Penggelaran gred jawatan/ gred gaji ini adalah berasaskan syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan atau yang setara dalam skim perkhidmatan. Setiap peringkat kelayakan masuk minimum diperuntukkan kod seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Kod Kelayakan Masuk Minimum
1. Kod 1 - Bagi Ijazah
2. Kod 2 - Bagi Diploma



Contoh Pemindahan Gaji Dari JGM ke JGS.



Kadar elaun masih dikekalkan sebagaimana ketetapan di dalam SSM melainkan beberapa jenis elaun yang ditambat pada jumlah terakhir yang diperolehi pada 31/12/2011.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.



Kemajuan Kerjaya

Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan pendidikan dan mengambil kira keunikan fungsi tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), maka kaedah kenaikan pangkat time-based sedia ada, diberi nafas baru di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan tempoh perkhidmatan dipendekkan berteras Standard Guru Malaysia.

PPP terbahagi kepada empat kategori iaitu:
1. Guru Biasa,
2. Guru Kanan,
3. Guru Wibawa,
4. Pendeta Guru.



PPP boleh dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi tanpa kekosongan jawatan berdasarkan kecemerlangan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat mengikut tempoh minimum perkhidmatan yang ditetapkan seperti di Jadual 5.



Program Transformasi Minda

Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya.

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam Perkhidmatan Awam.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiran Kerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)

Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) diperkenalkan sebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi pegawai yang lebih menyeluruh bagi menyandang jawatan di gred yang lebih tinggi. PROSPEK terdiri daripada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP).

PKP bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai, manakala BKP bertujuan membangun dan menilai kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred jawatan lebih tinggi.

PPP Gred 1-1 hingga Gred 1-5 yang terlibat dengan pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP dan BKP sebelum dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. PPP yang tidak terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan serta PPP Gred 2-1 hingga Gred 2-3 hanya akan dinilai melalui PKP sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang

Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Seorang penjawat awam boleh dibersarakan awal sekiranya memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah, iaitu kurang daripada 70 peratus.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkembangan Terkini Selasa, 27/12/2011:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

JPA juga bersetuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60. Dasar Pemisah SBPA asal menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Sumber: Bernama

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Baca Lebih lanjut PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011,
http://www.moe.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/guru/pp132011-pendidikan.pdf

Laman Web Rujukan Berkaitan SBPA,
http://www.jpa.gov.my/kategori.html

Untuk Download Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan SBPA:

1. SBPA Untuk Guru:
http://www.jpa.gov.my/guru/index.html

2. SBPA Untuk Kakitangan Umum
http://www.jpa.gov.my/umum/index.html

2 comments:

snf berkata...

he he he.kdg2 dok tgok gred gaji baru nie tapaham juga. tp ape yg saya tahu.sempatlah sy posting 2014 dengan bergaji baru.kan.hehehe

DianaAzis berkata...

huhu..saya pun tak sign lagi SPBA ni..huhu..macam2.. :)