14 Januari 2012

Kalimah ALLAH Selamatkan Wardina Dan Keluarga



Denyutan jantung pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot bagaikan terhenti seketika apabila dia yang terjaga daripada tidur selepas selimutnya direntap tiba-tiba ternampak kelibat tiga lelaki yang menutup muka berada dalam bilik tidurnya.

Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, Wardina, 33, yang tidur seorang diri dalam bilik utama di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini tidak mampu menjerit atau berbuat apa-apa kerana terlalu takut.

Sejurus selepas itu, artis terbabit mula sedar bahawa rumahnya telah dimasuki perompak dan saat itu ketakutannya bertambah kerana dikhuatiri dirinya atau ahli keluarga yang tidur di bilik lain akan diapa-apakan penjenayah itu.


"Saya terus berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang buruk terhadap diri saya dan ahli keluarga saya," kata Wardina semasa menceritakan detik-detik cemas berhadapan dengan tiga perompak ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Mengimbas pengalaman itu, Wardina berkata, ketiga-tiga penjenayah yang membawa kayu panjang, pemutar skru dan pemotong besi masuk ke rumahnya selepas mengumpil pintu belakang.

Wardina memberitahu, perompak tersebut yang bercakap loghat Indonesia beberapa kali mengugut dia dan suami supaya menyerahkan wang dan barang kemas.

Sumber: Kosmo (Bertarikh 13/01/2012)


WARDINA menunjukkan keadaan biliknya yang diselongkar perompak yang berada dalam rumahnya hampir sejam semalam.

“Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak.”

“Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.

“Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan,” kata Wardina.

Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah dikumpulkan dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.

Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.

Tidak lama kemudian, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dia menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.

“Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar,” kata Wardina lagi.

Siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.

Sumber: Metro

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah dia n family slmat..kesian dia

Karen Monica berkata...

syukurla mereka sekeluarga selamat..harta benda boleh dibeli semula

Jahirah berkata...

yg penting mereka selamat...alhamdulillah..

CintaKhadijah berkata...

alhamdullilah xjd ape2..

Unknown berkata...

seb baik selamat

amranaiman berkata...

Ya Allah lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka..

ch000tz berkata...

syukur kannn :D