02 Februari 2012

PERODUA Lancar Alza SR (Smart Ride)

ALZA SR dijual antara RM53,013.50 hingga RM56,513.50 seunit.



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), pengeluar kenderaan mampu milik nasional, memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak dipertingkatkan, Alza Smart Ride (Alza SR) baru pada harga atas jalan antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 seunit.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, PERODUA menyasar untuk menjual sekitar 400 unit sebulan bagi model baru yang dipertingkatkan itu.

Katanya, sasaran itu sekali gus merangkumi 13 peratus daripada jualan bulanan model Alza di rantau ini. Model dipertingkat itu disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang mahukan MPV yang fleksibel dengan ciri-ciri model sedan.


“Alza SR adalah sesuai untuk mereka yang mahukan ruang lebih besar untuk kegunaan harian serta untuk perjalanan ‘balik kampung’.

“Pengenalan varian baru ini akan meningkatkan keupayaan dan keselesaan pengguna di Malaysia yang berhasrat mendapatkan kenderaan lebih luas dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Model Alza SR baru yang dipamerkan di 178 bilik pameran seluruh negara dan boleh ditempah bermula hari ini.

Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan menarik iaitu Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple.

Selain itu, model baru yang dipertingkatkan itu juga ditawarkan dengan ciri brek tangan yang boleh didapati dalam varian automatik selain turut menawarkan jenis tempat duduk hadapan berasingan berbanding jenis bercantum sebelum ini.

Aminar Rashid berkata, Perodua Alza adalah model MPV paling diminati dengan 81,000 unit terjual setakat ini sejak ia dilancarkan pada November 2009.

“Alza SR menawarkan pengguna model serba boleh dan pelbagai fungsi walaupun ciri yang ditawarkan adalah kurang berbanding jenis standard dan varian lain.

“Namun begitu, PERODUA sesekali tidak pernah berkompromi berhubung ciri keselamatan dan estetika model ini.

“PERODUA tampil dengan model mampu milik bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan,” katanya.

Sumber: BHarian



perodua alza sr 2012 (Review) Perodua Alza SR Dilancarkan di Malaysia. Harga Yang Ditawarkan Serendah RM53,013.50

perodua alza sr price (Review) Perodua Alza SR Dilancarkan di Malaysia. Harga Yang Ditawarkan Serendah RM53,013.50

Perbezaan Perodua Alza SR (Smart Ride) VS Perodua Alza (varian Standard):
1. Warna : Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple
2. Tiada air bag
3. Tiada ABS
4. Tiada EBD
5. Tiada BA
6. Tiada butang audio di stereng
7. Di bahagian dashboard hanya satu tone sahaja
8. Tiada lampu kabus
9. Tiada wiper belakang

Berdasarkan perbezaan ini, versi Smart Ride dilihat sebagai versi "Safety Reduced

Harga Perodua Alza (SR) – Harga Atas Jalan (OTR):
1. Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
2. Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
3. Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
4. Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50

Harga ALZA Varian Lain:
1. Perodua Alza First Version - Dari RM 55,503.50
2. Perodua Alza Advanced Version - Dari RM 66,503.50

Sumber: Berita Semasa, Perodua

p/s: Pilihan terletak di tangan anda berasaskan kepada kemampuan kewangan masing-masing.

0 comments: