31 Mac 2012

Earth Hour 2012



Earth Hour 2012: 8.30pm, Sabtu, 31 Mac, 2012, laksanakan tindakan anda demi keadaan Bumi yang lebih selesa bersama masyarakat dunia yang lain dengan memadamkan lampu untuk sekurang-kurangnya satu jam.



Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun 2008 berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara. Earth Hour kini berkembang menjadi satu simbol pengharapan global (global symbol of hope) dan pergerakan ke arah perubahan. Earth Hour 2011 melakar sejarah apabila ianya disertai oleh masyarakat dunia yang melibatkan 135 buah negara.

Earth Hour merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global. Ia diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar.

3 comments:

Ayu berkata...

kat tempat keje YM pun buat celebration Earth Hour.(^_^) weols support earth hour!(^_^)

Unknown berkata...

Mari nak kita selamatkan bumi kita ini :D

Tanpa Nama berkata...

jom2 kita sokong n sayang bumi kita :)