03 Mac 2012

Menara 'Tokyo Sky Tree' Kedua Tertinggi Di Dunia


Menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree di timur Tokyo.

Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya Rabu 29 Februari 2012. Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun 2011 lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing. Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun 2011 lalu.




Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember 2011 lalu. Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.



Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Sumber: Kosmo



Menara penyiaran paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree yang setinggi 634 meter ini mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Mei 2012. Berpuluh-puluh ribu orang beratur untuk memasuki menara itu semasa hujan.

Kompleks beli-belah dan taman hiburan yang terletak bersebelahan dengan menara itu turut sama dibuka. Dek pemerhati untuk orang ramai melihat pemandangan penakjubkan sekitar Tokyo terletak pada ketinggian 350 meter.

Sumber: Kosmo

3 comments:

caer sasuke berkata...

caer baru tau..nice info..=)

Unknown berkata...

waaa..tingginya..

cikorked berkata...

tingginya....