16 Mac 2012
Topi Keledar 'Kura-Kura' Tidak Mematuhi Piawaian Sirim
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan memantau peniaga supaya tidak menjual topi keledar separuh atau berbentuk seperti 'kura-kura'.
Pengarah JKJR Pulau Pinang, S. Jegan berkata topi kaledar jenis itu telah dilarang untuk dijual sejak awal tahun 2012 ini kerana ia tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Sirim.
Gambar Hiasan.
"Bagi enam bulan pertama ini, pihak kami akan pergi ke kedai-kedai yang berkenaan untuk memaklumkan berhubung penguatkuasaan larangan penjualan topi kaledar terbabit supaya peniaga tidak lagi menjualnya.
"Tindakan akan diambil oleh KPDNKK kepada peniaga yang terus menjual topi kaleder jenis kura-kura itu mulai bulan Julai 2012 depan," katanya.
Sumber: BERNAMA
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
sebab ianya hanya sesuwai utk sikekura ajer....hehe
*patutlah da lama tak nampak org pakau helmet ni :)
hahaha!comel betul kura2 tuh pakai helmet...ekeke
ayah saya suka pakai helmet ni.,hehe^^
kawan sy koma akibat pki helmet kura ni
1st time pakai topi kura2 ni, kat U dulu.. hahah
gambarnya ngga muncul -__-
visit me : Informasi Kredit Terbaik di Indonesia
Catat Ulasan