Nuff Atas

26 April 2012

Legoland Malaysia Yang Pertama Di Asia



Legoland pertama Asia dibuka September 2012

Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September 2012. Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.

Beliau berkata, bulan lepas, kontraktornya memulakan kerja-kerja memberi tema kepada taman itu, dan bulan depan mereka akan mula memasang 50 juta kepingan lego dan model.

"Saya gembira mengumumkan bahawa hasil daripada usaha keras semua kontraktor kami, kami akan membuka taman itu beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan,” katanya.

Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu ”Lego kingdom”, ”imagination”, ”land of adventure”, ”lego technic”, ”the beginning”, ”lego city” dan ”miniland”, direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.


Boerst berkata lebih 35,000 pas tahunan telah dijual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah warga Malaysia. Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.

"Tiket harian taman ini akan mula dijual dalam talian dalam bulan ini dengan harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak. Legoland Malaysia menjangka dapat menarik sejuta pengunjung dalam tahun pertama ia beroperasi. Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia.

Legoland Malaysia akan menampilkan lebih 40 tunggangan interaktif, pertunjukan dan pelbagai tarikan apabila ia dibuka kelak.

Legoland Malaysia di sini merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia. Taman-taman tema Legoland lain di seluruh dunia ialah di Denmark, United Kingdom, Jerman dan Florida di California, Amerika Syarikat.

Ini adalah taman kedua selepas taman Legoland Billund, Denmark, untuk menempatkan Menara Cerap di mana pengunjung dijulang naik ke ketinggian 41 meter untuk menyaksikan pandangan keseluruhan taman tema itu sambil menara itu berputar untuk melengkapkan satu pusingan dalam tempoh 50 saat.

Hotel Legoland Sebagai Tarikan

PEMBANGUNAN di Iskandar Malaysia terus rancak apabila satu lagi daya tarikan iaitu Hotel LEGOLAND akan beroperasi di wilayah pembangunan selatan itu pada 2014 nanti. Malaysia bakal menjadi lokasi pertama bagi cawangan hotel itu di Asia dan yang keempat di dunia.

Rancangan pembangunannya menjadi kenyataan apabila firma daya tarikan pelancongan global, Merlin Entertainments Groups (Merlin) dan LL Themed Hotel Sdn Bhd memeterai perjanjian pengurusan untuk membangunkan hotel di Nusajaya itu. LL Themed Hotel adalah syarikat usaha sama antara Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dan IskandarHarta Holdings Sdn Bhd.

Kerja asas pembinaan hotel yang dijadual dibuka pada separuh pertama 2014 itu sudah dimulakan bulan Mac 2012. Hotel bertema di tapak seluas 0.98 hektar itu terletak di lokasi strategik bersebelahan Taman Tema LEGOLAND Malaysia milik Merlin, yang akan dibuka pada suku keempat tahun 2012 ini.

Hotel LEGOLAND lain terletak di Billund (Denmark), Windsor (United Kingdom) dan yang ketiga akan dibuka di California, Amerika Syarikat (AS) tahun 2013.

“Hotel LEGOLAND bakal melonjakkan lagi pengalaman Taman Tema LEGOLAND Malaysia dengan reka bentuk dan kemudahan interaktif yang menyeronokkan. Kami sangat berbesar hati bekerjasama dengan Merlin dalam projek ini dan menawarkan pengalaman unik Hotel LEGOLAND yang akan dibuka pada 2014,”  Pengarah Urusan DRH, Nadziruddin Basri.

Sementara itu, Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia, Siegfried Boerst, berkata kerjasama itu dibuat pada waktu yang sesuai memandangkan LEGO adalah antara jenama permainan paling popular di dunia dan mempunyai ramai peminat di rantau ini.

“Kami bukan saja akan menawarkan kemudahan penginapan hotel moden dengan kualiti terbaik. Malah, hotel LEGOLAND direka bentuk dari pandangan mata kanak-kanak.

“Pembukaan Hotel LEGOLAND Malaysia juga akan mencipta pengalaman destinasi percutian menyeluruh untuk keluarga kerana mereka boleh meluangkan lebih masa berkualiti bersama seisi keluarga dan rakan sambil menerokai dan menikmati aktiviti ditawarkan LEGOLAND Malaysia,” katanya.

Bakal pengunjung dapat pergi ke hotel itu dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan tempoh pemanduan 20 minit, manakala pengunjung dari Singapura hanya perlu mengambil masa 10 minit melalui Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Dengan memberi tumpuan kepada keseronokan interaktif bersama keluarga, hotel unik itu direka bentuk untuk membolehkan pengunjung, khususnya keluarga menghabiskan antara dua hari hingga tiga hari untuk menikmati lebih 40 daya tarikan di taman tema LEGOLAND.

Ia akan menghidupkan fantasi dunia LEGO dengan tema imaginatif dan juga beberapa ciri yang sesuai untuk kanak-kanak, dengan kaunter rendah dalam restoran dan peti harta karun yang dipenuhi LEGO dalam bilik tidur.

Terdapat tiga jenis bilik tidur bertema iaitu tema Lanun, Putera dan Puteri Raja atau Pengembaraan dengan setiap satunya dilengkapi cabaran interaktif untuk menghiburkan kanak-kanak.

Pengunjung hotel juga dapat menikmati permainan interaktif, pertunjukan langsung, bengkel pembinaan, sekolah memandu dan juga tarikan lain yang disediakan di taman tema, antaranya ‘Technic Test Track’ dan Miniland.

Sumber: BERNAMAKosmo BHarian Artikel 1 dan BHarian Artikel 2 [25/04/2012]

7 comments:

khairul berkata...

sempoi

teha berkata...

teringin nk g.. hehehe :)

Puteri Kasih berkata...

wah kalau dah siap nanti..nak sangat pergi legoland ^_^

c'axoera ヅ berkata...

tunggu ajer lab havoc nyer macam mana nanti...:)

zana berkata...

mcm nk pegi je haha

caliph shuriken berkata...

mmg menarik taman tema cmni ^^

AzRi AtHiRaH berkata...

wah..bes nyer..nk g^^