10 Mei 2012

Motosikal Harley-Davidson Jepun Hanyut Sejauh 6,400km


MOTOSIKAL Harley-Davidson yang hanyut dari Jepun dipamerkan kepada orang ramai.

Sebuah motosikal Harley-Davidson yang hanyut dari timur laut Jepun hingga ke sebuah pantai di Kanada telah dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di Langford, British Columbia. Motosikal Harley Davidson Nigth Train keluaran tahun 2004 milik Ikuo Yokoyama, 29, dari Yamamoto, Jepun itu dihanyutkan selepas tsunami melanda pada 11 Mac 2011.

Ia terdampar di Pulau Graham, 800 kilometer dari bandar raya Vancouver, Kanada selepas hanyut sejauh 6,400 kilometer. Motosikal itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan, Peter Mark pada 18 April 2012 lalu dalam sebuah kontena putih tempat ia disimpan oleh pemiliknya, Ikuo Yokoyama. Mark menyatakan, dia sukar untuk mempercayai bahawa motosikal itu akan dihanyutkan merentasi Lautan Pasifik.



Keadaan motosikal Harley-Davidson ketika ditemui terdampar di sebuah pantai di Pulau Graham, Kanada oleh Peter Mark pada 18 April 2012. 

"Tidak syak lagi, ia motosikal saya. Ia satu keajaiban," kata Yokoyama kepada stesen televisyen Nippon TV apabila dia melihat gambar motosikal tersebut. Pemilik motosikal itu dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal tersebut.

Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson milik Steve Drane untuk dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun. Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan membaik pulih motosikal itu.

Yokoyama kehilangan tiga anggota keluarganya dalam tragedi tsunami itu. Dia kini menetap di sebuah kawasan perumahan sementara untuk mangsa-mangsa tsunami yang terselamat di wilayah Miyagi.

Sumber: Kosmo Artikel 1Kosmo Artikel 2

3 comments:

teha berkata...

wow ! :D

Cik Semut... berkata...

cerita yang menarik..huhu.

Unknown berkata...

jauhnya berjalan moto tu kan