13 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU [13 MEI 2012]
SEBAIK-BAIK SAMBUTAN, SETIAP HARI ADALAH HARI IBU....



PENGHORMATAN yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut. Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.

Antara negara lain yang turut memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai Hari Ibu ialah Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Singapura.

Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara. Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat.


Biar bagaimanapun cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu. Detik menjadi seorang ibu merupakan antara detik dan pengalaman paling indah dalam hidup wanita.

Selain memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak, seorang ibu juga bertanggungjawab mendidik mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perlu dijauhi. Ini akan membantu anak tersebut menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan dapat berfikir dengan matang apabila meningkat remaja dan dewasa.

Hubungan yang erat di antara ibu dan anak adalah sangat penting supaya anak-anak boleh berterus-terang dan berkongsi sebarang masalah dengan ibunya. Oleh itu, setiap ibu perlu memastikan mereka memberikan sepenuh kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan rakan yang memahami kepada setiap anak-anak mereka. Langkah ini mampu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak sekali gus menyuburkan nilai kasih sayang dalam masyarakat.

Sumber: Utusan

p/s: Al-Fatehah buat ibuku MUNAH BINTI OTHMAN.

1 comments:

el berkata...

selamat hari ibu!
jd ibu sgtlah OHSEM hehehe