26 Jun 2012

Pesawat 'Solar Impulse' Rentas Padang Pasir


PESAWAT Solar Impulse yang dikendalikan oleh Andre Borschberg ketika berlepas dari Rabat, Maghribi.

Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi (Morocco) pada Jumaat 22 Jun 2012 selepas berlepas dari Rabat pada waktu subuh hari Khamis 21 Jun 2012.

Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi 26 minit selepas tengah malam 22 Jun 2012. Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan berakhir di Maghribi.

"Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet," katanya.




Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.

Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya.

Sumber: Kosmo



Borschberg melakukan percubaan pertama merentasi gurun tersebut pada 13 Jun 2012. Bagaimanapun beliau berpatah balik berikutan angin kuat berhampiran Pergunungan Atlas.

Pada awal bulan Jun 2012, seorang pereka iaitu Bertrand Piccard (beliau adalah orang pertama yang menerbangkan belon udara panas mengelilingi dunia tapa henti pada 13 tahun lalu) telah menerbangkan Solar Impulse dari Madrid ke Rabat.

Ia adalah penerbanga pertama antara dua benua dengan penerbangan yang tidak menggunakan walau setitik bahan api dalam jarak penerbngan sejauh 2,500-kilometer (1,550-batu).

Dalam penerbangan tersebut pesawat tersebut telah terbang merentasi Lautan Atlantik menuju ke Casablanca dengan kelajuan di sau ketika mencapai 62 kilometer per jam.



Ouarzazate, Morocco yang menjadi tempat pesawat tersebut mendarat pada hari jumaat tersebut merupakan tempat yang dirancangkan untuk dibina Stesen Janakuasa Solat Terbesar di dunia.

Solar Impulse telah diuji dengan melalui pengalaman yang mencabar seperti persekitaran yang panas dan melalui kawasan bergunung-ganang yang mencapai ketinggian 3,000 meter (9,800 kaki).

Pesawat gergasi berteknologi tinggi ini empunyai sayap sebesar sayap jumbo jet, tetapi mempunyai berat separuh daripada berat sebuah kereta. Ia dilengkapi dengan 12,000 sel solar yang membekalkan kuasa elektrik kepada empat moor elektrik pada sayapnya.

Ouarzazate adalah 550 km (340 batu) dari Rabat, Ibu negeri Morocco. Penerbangan mengambil masa lebih daripada 17 setengah jam iaitu lebih daripada masa jangkaan iaitu 16 jam. Penerbangan ini adalah hasil usahasama Syarikat Swiss Solar Impulse dengan Moroccan Agency for Solar Energy (Masen).

Masen (Moroccan agency for solar energy) dipertanggungjawakan untuk membina stesen janakuasa solar yang menghasilkan tenaga di perigkat dengan kapasiti 160 megawatt. Masen juga merancang untuk meningkatkan penghasilan tenaga kepada 500 megawatt menjelang 2015.

Pesawat ini dijangka untuk diterbangkan mengelilingi dunia pada 2014 dengan menggunakan versi Solar Impulse yang ditambah-baik.

Sumber: http://www.thesundaily.my/news/414522

4 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

agak tentulah senyap injin kapalterbang ni.

Karen Monica berkata...

teknologi dah semakin canggih :)

Unknown berkata...

wow hebatnya ^^

caliph shuriken berkata...

smkin canggih teknologi terkini ^^