30 Jun 2012
Putrajaya FLORIA 2012 : Bougainvillea ~ Tetap Menawan
Floria Putrajaya 2012 Tampil 400,000 Pokok Dan Bunga Tempatan, Luar Negara
Putrajaya FLORIA 2012 : Bougainvillea Enduring Beauty
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012
Tarikh: 30 Jun - 8 Julai 2012
Tempat: Pesisiran Tasik Promenade, Presint 2, Putrajaya
Tema: Bunga Kertas - Tetap Menawan
Masa Festival:
9.00 pg - 10.00 ptg (Isnin - Khamis)
9.00 pg - 12.00 tgh mlm (Jumaat - Ahad)
Masuk adalah PERCUMA
Floria kembali ke Putrajaya
PUSAT pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sekali lagi bakal dipenuhi dengan keindahan dan keharuman bunga-bungaan serta kehijauan tumbuhan apabila Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012 (Floria 2012) berlangsung pada 30 Jun hingga 8 Julai 2012 ini.
Festival yang bakal berlangsung di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya itu bakal memukau pengunjung dengan pameran hiasan seni reka taman yang mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni pelbagai spesies dan kultivar dari kawasan tropika dan subtopika.
Penganjuran Floria yang memasuki edisi kelima itu tampil dengan slogan "Bunga Kertas-Tetap Menawan". Sebab itu bunga tersebut bakal menghiasi segenap sudut landskap pameran berkenaan.
Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2012) dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Sabu, 30 Jun 2012. Festival ini akan menampilkan 400,000 pokok dan bunga pelbagai spesies tempatan dan luar negara.
Festival selama sembilan hari itu turut menampilkan 16 pereka taman dan juruhias bunga antarabangsa antaranya dari Australia, Taiwan, Indonesia, Filipina, China, Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
"Untuk tahun ini kita sasarkan seramai sejuta pengunjung kerana festival tahunan itu merupakan tarikan utama ke Putrajaya sejak mula diperkenalkan pada 2009," kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Samsudin Osman.
Katanya turut disediakan pelbagai aktiviti seperti bengkel dan demonstrasi perkebunan, pertandingan fotografi dan lukisan cat air serta gerai jualan produk seni dan kraftangan.
Bonsai Bougainvilla
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemilihan bunga kertas amat bertepatan kerana ia indah dan menarik serta tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Bunga kertas katanya, mudah ditanam dan dibiak bunga jenis tersebut juga digunakan secara meluas dalam industri landskap di Malaysia.
"Selain bunga kertas, Floria 2012 turut mempamerkan beberapa spesies unik lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung," katanya.
Aneka Program
Para pengunjung juga berpeluang melihat produk hortikultur dan landskap, pertunjukkan taman, demonstrasi oleh pereka dan pertunjukkan hiasan bunga-bungaan terkemuka dunia. Pameran Seni rekaan taman di Floria 2012 juga secara tidak langsung boleh memberi ilham kepada para pengunjung untuk mencari konsep hiasan taman kediaman masing-masing.
Bonsai Bougainvilla
Penyertaan Floria 2012 akan lebih meriah dengan penyertaan sepuluh peserta antarabangsa yang belum pernah menyertai empat penganjuran Floria iaitu Australia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Rusia, Filipina, United Kingdom, China, Belanda dan Korea. Penyertaan negara baru itu semestinya menampilkan rekaan seni landskap yang berbeza dan dapat mencetuskan kepelbagaian dalam menghasilkan sesuatu konsep taman.
Lebih 200 program termasuk garden centre, agro bazar, produk agro, master gardener, botanical discovery, pertunjukan bunga api, hiburan, persembahan dan pavilion bunga-bungaan akan turut menyerikan lagi festival itu. Sempena Floria 2012, pertandingan fotografi flora juga kembali lagi dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM11,750. Ia akan turut dimeriahkan bengkel masakan dan cara berkebun, persembahan pentas dan seni lukis.
Magic Of The Night
Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya, Rozimah Wahid berkata, antara acara menarik kali ini ialah segmen Perarakan Floral Pelancongan (PFP) dengan bot di Tasik Putrajaya pada waktu malam. Perarakan itu akan mempamerkan flora terapung dari pelbagai negara dan organisasi yang akan berlayar dengan bot tersebut di sepanjang Tasik Putrajaya
“Antara tarikan baru tahun ini ialah penyertaan PFP buat kali kedua sepanjang penganjuran Floria Putrajaya 2012 dengan bertemakan `Keajaiban Waktu Malam' atau “Magic of the Night”.
Sekiranya di sebelah siang pengunjung berpeluang menyaksikan deretan taman-taman bunga berwarna- warni, di sebelah malamnya pula perarakan bot berhias menyusuri Persisiran Tasik Putrajaya yang berhampiran dengan tapak Floria.
Pengunjung pasti akan terpesona dengan simbahan cahaya penuh warna-warni 15 bot berhias yang menyertai acara Magic of the Night pada setiap malam sepanjang Floria 2012 berlangsung.
Tidak cukup dengan itu, perarakan bot berwarna-warni turut diserikan dengan pertunjukan bunga api yang menghiasi langit malam pusat Kerajaan Persekutuan ini.
Penganjuran perarakan bot berhias itu juga bertujuan memperkenal dan mempromosikan seni budaya dan warisan tradisional rakyat Malaysia kepada pelancong asing serta memupuk semangat cintai alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.
Sumber: Utusan Artikel1, BERNAMA dan Utusan Artikel2
Beautiful Bougenvilla ~ Relax Music
FAKTA Boungavillea
1. Berasal dari Amerika Selatan terutama Brazil, Peru dan Argentina.
2. Mula dikenali dunia selepas ditemui Komander Laut Perancis pada 1768. Malah, ia dinamakan bougainvillea, sempena nama komander itu Louis Antoine de Bougainville.
3. Tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies.
4. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu Bougainvillea glabra, Bougainvillea spectabilis, dan Bougainvillea Mrs. Butt.
5. Banyak kacukan dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
6. Mempunyai bunga berwarna-warni, mekar sepanjang tahun menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Sering ditanam di taman, kawasan perumahan dan kawasan hiasan laman.
7. Tanaman hiasan popular di Indonesia, Ethiopia, Filipina, Thailand, Pakistan, India, Sri Lanka, China, Taiwan, Vietnam, Australia, Greece, Sepanyol, Turki, Cyprus, Singapura, dan kawasan Mediterranean dan Kepulauan Caribbean, Afrika Selatan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan bahagian selatan Amerika Syarikat dan Hawaii.
8. Sesuai sebagai tanaman pagaran, malah dijadikan bonsai dan tanaman dalam pasu dan bakul gantung selain sering dipilih menghias pergola dan trellis
9. Menjadi bunga rasmi beberapa negara dan kota seperti Guam; bandar Lienchiang dan Pingtung di Taiwan; Bandaraya Ipoh; bandar Tagbilaran, Filipina; pekan Camarillo, Laguna Niguel, dan San Clemente, di California dan bandar Shenzhen, Huizhou, Zhuhai, dan Jiangmen di Guangdong, China dan kota Naha, Okinawa, Jepun.
Oleh Rohaniza Idris
Sumber: BHarian
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
puteri suka bunga kertas..warna warni dan menarik...kalau cuaca panas..kdg2 tak nampak daun dah kat pokok tu...nampak bunga je :)
teringin nk p ...tp jauh la
wktu awal tahun aritu, kt dpan umah byk laa bunga ni & mcm2 kaler ^^
Catat Ulasan