30 Jun 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis



Satu program keagamaan baru akan ditayangkan di Astro Oasis mulai 3 Julai 2012 yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus. Program ini ditayangkan pada pukul 7.30 petang dan ulangan pada pukul 11.00 malam setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.

Program ini tentunya sesuatu yang istimewa dan amat dinantikan oleh penonton di rumah kerana ia menampilkan buat pertama kali Ustaz Azhar Idrus di televisyen.


Program yang di kenali sebagai “Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus” memang bersesuaian dengan identiti dan cara Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah atau kuliah, dimana beliau akan tetap menggunakan loghat Terengganu.


Perancangan program sebagaimana yang dimaklumkan di dalam Astroview Julai 2012.

Kemah Keming dalam loghat Terengganu adalah tergolong dalam kata penguat dalam sesuatu sifat.. Kemah KEMING bermaksud sangat kemas, sangat kuat tertutup, utuh tidak goyah.

Ustaz Idrus telah mencetuskan fenomena berikutan popularitinya di Youtube.

Kredit: hafizamri.com


Antara Ceramah Ustaz Idrus di Youtube yang telah ditonton sebanyak lebih daripada 1,500,000 kali.

Kemaskini Pada 3 Julai 2012, 11.30 Malam.

Isteri saya memaklumkan kepada saya program 'Kemah Keming' tidak disiarkan pada jam 7.30 petang tersebut. Pukul 7.30 malam tentunya bukan waktu yang sesuai bagi saya, kerana kebiasaannya saya akan berjemaah solat maghrib di masjid atau surau yang berdekatan.

Saya nantikan siarannya pada jam 11.00 malam. Bagaimanapun penantian saya juga hampa apabila program tersebut tidak juga disiarkan.

Bagaimanapun saya berfikiran positif. Kemungkinan pihak Astro Oasis terdapat aral yang menyebabkan program tersebut tidak dapat disiarkan sebagaimana yang mereka rancangkan. Saya harapkan program ini dapat disiarkan pada hari-hari yang berikutnya sebagaimana yang pihak astro jadualkan.

Cuma terdapat rasa bersalah dalam diriku kerana telah menyebarkan makluman ini di dalam blog dan facebook dengan harapan agar kita semua sama-sama mendapat manfaat daripada program tersebut. Saya memohon maaf dengan segala kekesalan yang tak terhingga kepada pembaca yang membaca blog ini jika rasa tertipu dengan maklumat ini.

Jawab Ustaz Azhar Idrus



Program Ini Akhirnya Tersiar [Kemaskini 14/11/2012]



Akhirnya pada 13 November 2012, rancangan ini benar-benar disiarkan di Astro buat pertama kali. Program tersebut disiarkan khas bersempena Sambutan Maal Hijrah (Awal Muharram) 1434 Hijrah pada tarikh 13,14 dan 15 November, 2012.



Jadual Siaran Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus:

13 November 2012 (episod-1) 7.30malam - ulangan 11.00 malam
14 November 2012 (Ulangan Episod-1) 6.80 pagi dan  10.30 pagi

14 November 2012 (episod-2) 7.30malam - ulangan 11.00 malam
15 November 2012 (Ulangan Episod-2) 6.80 pagi dan  10.30 pagi

15 November 2012 (episod-2) 7.30malam - ulangan 11.00 malam
16 November 2012 (Ulangan Episod-2) 6.80 pagi dan  10.30 pagi

Terima kasih kepada OASIS kerana akhirnya merealisasikan penyiaran program ini walaupun ianya berupa edisi khas sahaja. Diharap pada masa akan datang pihak OASIS dapat mengusahakan akan Program Kemah Keming UAI dijadikan program mingguan di ASTRO OASIS.

0 comments: