Nuff Atas

26 Julai 2012

Bonus Raya 2012, Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam


Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam, Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos 2012 ini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.


Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Cuepacs Ucap Terima Kasih

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Sumber: BERNAMA Artikel 1, Utusan [25/07/2012], BERNAMA Artikel 2

5 comments:

khairul berkata...

apa la naseb pekerja kilang mcm sy ni

paripariputih berkata...

ni kalau tak reti2 nak 'BERSYUKUR' tak tau le nak cakap kan.... :P

paripariputih berkata...

rewang pagi kat sini btw you were tagged here http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/its-tought-that-counts.html

Cik Rongoks berkata...

swasta pon nk jugak ^^

sarah berkata...

syukur dapat gak paling sikit rm 500.jadi la bleh buat belanja..dapat banyak mana pun kalu tak berjimat tak guna jugakan???