25 Julai 2012

Rakyat Malaysia Guna 15 Kilogram Kelapa Setahun

Berapa biji kelapa secara purata yang anda gunakan dalam masakan anda setiap hari?
Bagaimana pula dengan keperluan kelapa anda di bulan Ramadhan dan Syawal kelak?



Kajian yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (FAMA) menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan 15 kilogram kelapa setahun.

Ketua Pengarahnya, Ahmad Ishak berkata jika diikutkan keperluan masa kini, penggunaan kelapa di negara ini adalah hampir 700 juta biji setahun dan Fama hanya mengeluarkan 400 juta biji sahaja.

"Jadi, yang selebihnya kita perlu import bagi memastikan permintaan kelapa di negara ini mencukupi termasuklah di bulan puasa dan musim perayaan," katanya.

Beliau berkata, setiap bulan, Fama akan mengimport sejuta kelapa dan untuk bulan Ramadan dan juga musim perayaan akan datang, jumlah import itu akan meningkat kepada 3 juta.


"Kalau bulan-bulan biasa, Sabah dan Sarawak akan menghantar bekalan kira-kira 60,000 biji kelapa ke Semenanjung bagi membantu manambah bekalan kelapa di sini," katanya.

Ahmad berkata, untuk musim perayaan, tidak akan timbul masalah bekalan kelapa kerana Fama mengimport 3 juta biji kelapa dari Indonesia.

"Kelapa-kelapa yang diimport itu dijual pada harga RM1 sebiji manakala kelapa tempatan dijual pada harga RM1.20 sebiji.

"Rakyat kita lebih gemar memakan kelapa tempatan berbanding kelapa import tetapi jika tiada pilihan, mereka tetap akan membeli kelapa import," katanya.

Katanya, semua kelapa yang diimport itu akan dibawa masuk secara berperingkat dan diedarkan ke seluruh negara melalui pusat-pusat logistik iaitu di Pualau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Batu Pahat, Kota Bahru dan Kuala Terengganu.

Sumber: BERNAMA, BHarian

Catatan:

Santan kelapa tidak boleh dipisahkan dari masakan-masakan Indonesia, Melayu, India, Sri Lanka, Thai, dan Filipina. Masakan seperti hidangan rendang, Soto, lodeh, opor ayam, masak cili api dan kueh-muih tidak lari dari penggunaan santan. [Kredit: http://balannambiar.wordpress.com]

8 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
Fuh!!..bertapa kurangnya pokok kelapa kat malaysia,negara mana malaysia import kelapa ya?

Jahirah berkata...

boleh guna susu ganti santan, tp rasa masakan xsama sgt la.

Pecinta pink^^ berkata...

jrang guna santan..hehe

Karen Monica berkata...

kena tanam lebih pokok kelapa..tak sangka sebegitu banyak kelapa yang digunakan

Cikgu Badar berkata...

banyaknya...lemak tu

Zamani berkata...

bnyaknya hampir 700juta!

sarah berkata...

nak buat camna..kita masak kari, mi kari, lempeng kelapa, cendol..suma pakai buah nyiok(kelapa)..kalu tanam pokok kelapa untung nih kan???

Seri berkata...

sapa2 ada 10 pokok kelapa boleh buat pendapatan sampingan...tempat seri skrng sebiji harga rm1.50 hingga rm2.00...