31 Julai 2012

Khasiat Buah Kurma



KURMA dan puasa sememangnya tidak dapat dipisahkan, sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.

Namun tahukah kamu bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan? Tetapi apakah khasiatnya?

Kurma mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Penghidap kencing manis boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.


Sebiji kurma sudah cukup untuk memberi kamu tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat baik bagi mereka yang berdiet. Kurma juga mampu mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ).

Kurma juga dapat mengelak penyakit barah, merawat buah pinggang, melancarkan perjalanan darah, dan mencuci hati.

Bagi mereka yang menghidapi sakit kerongkong, selesema, demam dan masalah insomnia dapat diubati dengan memakan buah kurma.

Ini bermakna, makan sebiji kurma dengan segelas air sebenarnya sudah mampu memberi tenaga secukupnya.

Sumber: Utusan

6 comments:

Unknown berkata...

x sia2 bersahur dengan kurma td..hehe

Norgadis Labuan berkata...

Kalau berbuka memang sedia buah kurma...

Unknown berkata...

kurma mmg wajib sy mkn

Unknown berkata...

pernah merasa maka kurma nabi... :)

Jahirah berkata...

kurma makanan sunnah...

Lieza Nordin berkata...

tiada buah lain dpt tndingi kesedapan buah kurma <3